1) KRONOLOGI KES
Pajakan pertama tapak stesyen minyak Simpang Empat Petrol Station, Hutan Melintang, selama 21 tahun bermula dari tahun 1968-1989. Allahyarham Hj. Ahmad hj. Asmawi menjalankan perniagaan dengan di bantu oleh anak sulungnya Hj. Othman hj. Ahmad. sehingga meninggal dunia pada 26/12/1984. Perniagaan ini di sambung oleh allahyarham Hj. Othman Hj. Ahmad dan dibantu oleh Mohd. Nasir hj. Ahmad dan Adabiah bt. Hj. Ahmad (Busu).
Pajakan 21 tahun kedua dari 1989 – 2010.telah di tanda tangani oleh Abdul Hamid hj. Ahmad bagi pihak keluarga dengan pihak Shell. Perniagaan mula mengalami kerugian atas beberapa sebab.
Pada Januari 1993 perniagaan tersebut telah diambil alih oleh Aharar Shell Service Station.
ANTARA TERMA-TERMA PERJANJIAN PAJAKAN KEDUA:
i. Pajakan tanah selama 21 tahun dari 15/11/1989 hingga 14/11/2010
ii. Sewa sebulan RM750 @ RM9,000.00 setahun.
iii. Pembayaran sewa “paid in advance every 7 years.” @ RM750X12X7=RM63,000.00
iv. Bayaran RM6,300 (10% dari RM63,000) hendaklah di bayar dalam tempoh 14 hari apabila perjanjian di tanda tangani.
v. Bayaran RM56,700 (90% dari RM63,000) hendaklah di bayar dalam tempoh 14 apabila perjanjian/pajakan tanah di daftarkan oleh Pejabat Tanah.
PERMASALAHAN YANG TIMBUL:
i. Perjanjian antara Abdul Hamid dengan pihak Shell bertarikh 27/01/1992
ii. Pajakan didaftarkan di Pejabat Tanah pada 23/05/1992.
iii. Pihak Shell hanya membuat pembayaran sejumlah RM63,000 bertarikh 4/12/1992.
A) Kecuaian/kesilapan pihak Shell lewat membayar sewa tapak tidak mengikut perjanjian menyebabkan Abdul Hamid memulangkan Cek berjumlah RM63,000. Sehingga kini kita masih belum mengambil wang sewa tapak Shell.
Kesilapan pihak Shell ini di gunakan oleh Hamid melalui peguam Dato’ Shafee Abdullah berunding untuk menaikkan sewa tapak. Akhirnya pihak Shell bersetuju untuk menaikkan sewa dari RM750 sebulan ke RM1200 sebulan. Tetapi tempoh pajakan 21 tahun ditambah 7 tahun menjadi 28 tahun. Sekiranya perjanjian ini di tanda-tangani, Pajakan Kedua ini akan tamat pada tahun 2017 ?.
B) Abdul Aziz hj. Ahmad pula melalui Syed Ibrahim & Co. (Abdul Kadir Ismail) berunding dengan pihak Shell(atas kesilapan pihak Shell) untuk membuat suatu perjanjian baru bagi mengambil alih semula pengendalian perniagaan stesyen minyak tersebut dan suatu kadar sewa baru yang munasabah. Rundingan demi rundingan dari tahun 1996 hingga 2002 agar perniagaan tersebut di serahkan kepada keluarga tidak berhasil. Pihak keluarga ingin membatalkan perjanjian sewa tapak Shell yang sedia ada dan dua Perintah Mahkamah untuk menaikkan kadar sewa dan tempoh pajakan. Apabila tiada penyelesaian dicapai, akhirnya pihak keluarga telah menyaman pihak Shell.
2) SAMAN DALAM MAHKAMAH TINGGI:
Pihak Shell telah menggunakan khidmat 3 firma Guaman. Firma peguam yang pertama adalah Lalchand & Nawawi ( Ipoh & Cawangan Teluk Intan). Kedua bertukar kepada Ghazi & Lim. Akhirnya kes ini melalui Zul Rafigue & Co.
Kes saman ini telah di bicarakan “Dalam Kamar” di Mahkamah Tinggi sebanyak 3 kali. Kemudian dibawa ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan pula memutuskan untuk “Open Court Hearing”. Kita minta kes ini di bicarakan dalam “chamber” kerana kes tuntutan ini adalah jelas. Pihak Shell pula terpaksa mencari dan memberi pelbagai hujah/alasan kenapa mereka tidak membayar sewa ikut terma perjanjian. Pihak Shell menyatakan Simpang 4 Petrol Station ada berhutang dengan Shell. Kita pula menyatakan bahawa terma-terma perjanjian adalah jelas dan mestilah dipatuhi. Tidak tercatit atau dinyatakan dalam perjanjian tersebut agar pihak Shell dapat menangguhkan pembayaran sewa tapak atau “set-off / contra” sekiranya ada hutang. Walau apa jua hujah pihak Shell tentang kelemahan kelemahan atau kesilapan pihak kita sebelum ini, ianya bukan hujah yang kukuh untuk mereka mempertahankan diri. Pembayaran sewa tapak mestilah di buat ikut jadual seperti yang tercatit dalam perjanjian.
Persoalannya lagi kenapa pihak Shell menghantar sejumlah wang (cek) RM63,000 hampir setahun setelah perjanjian ditanda-tangani, sekiranya mereka ingin “set-off atau contra” hutang Simpang 4 Petrol Station. Seperkara lagi sekiranya hutang menjadi isu, kenapa pada tahun 2002, melalui peguam Ghazi & Lim mereka menyatakan bahawa wang berjumlah RM126,000 (untuk 2 pembayaran) telah sedia ada, dan bila nak ambilnya. Kita menyatakan wang sewa tersebut adalah perkara kedua, perkara yang utama adalah maruah keluarga, kita mesti mengambil alih semula perniagaan tersebut dan membuat perjanjian baru.
Perbicaraan terbuka pada peringkat awalnya ditetapkan pada bulan April tadi. Tetapi kini perbicaraan ini di tunda pada bulan November akan datang untuk selama 5 hari.
3) PERSOALAN/PERMASALAHAN:
- Mohd Nasir hj. Ahmad & Busu telah mengalami kerugian beberapa tahun dari 1990 hingga 1992. Antara sebab kerugian tersebut adalah kerana tangki bocor. Apabila diberitahu kepada pihak Shell mereka tidak mengindahkannya. Persoalannya kenapa apabila Aharar mengambil alih pada Januari 1993, pihak Shell telah mengantikan semua tangki-tangki minyak tersebut.
- Apabila Mohd Nasir & Busu mengalami kerugian beberapa tahun, kenapa pihak Shell (terutama Area Manager/Supervisor ) tidak membantu dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi samada dari segi pengurusan atau akaun.
