Category Archives for Sejarah

Shell (Tuntutan/Rundingan)

RUNDINGAN PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH:

SAMAN ABDUL AZIZ BIN HJ. AHMAD & 21 LAGI TERHADAP

SHELL MALAYSIA TRADING SDN. BHD.

 

1)    TUNTUTAN PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH:

 

Tunggakan sewa/pajakan tapak 1989-2010 (21 tahun)

RM750 X 12 X 21 = RM189,000  paid in advance every 7 yrs.

Sehingga kini duit sewa ini belum di ambil lagi.

 

 

Bil.

Perkara:

Keterangan:

 

Jumlah RM

i).

Bayaran Sewa Tapak:

 

1 st.  Payment

Dividen 63,000 X 5% X 21 yrs.

2 nd.  Payment

Dividen 63,000 X 5% X 14 yrs.

3 rd. Payment

Dividen 63,000 X 5% X 7 yrs.

RM63,000

RM66,150

RM63,000

RM44,100

RM63,000

RM22,050

 

 

 

JUMLAH

 

RM321,300

ii).

Lost of Income.

1993 hingga 2010

RM6,000 per mth/min.

6000X12X17 yrs

RM1,224,000

iii).

Saman Malu

Nama keluarga tercemar.

 

RM2,000.000

iv).

Ganti Rugi am

 

 

RM1,500,000

 

 

 

 

 

 

 

JUMLAH

 

 

 

 

RM5,045,300

 

 

i.     Tuntutan diatas boleh di runding

 

ii.     Sekiranya pihak Shell tidak mahu berunding secara “WIN-WIN Situation”, mereka terpaksalah keluar dari tanah tersebut apabila tamat tempoh perjanjian/pajakan pada 14 hb. November 2010.

 

iii     Sekiranya tiada penyelesaian luar mahkamah, pihak tuan tanah akan tetap menyaman Shell tidak kira berapa lama mahkamah mengambil masa untuk membicarakan kes ini.

 

iv.   Tuan tanah akan memilih mana-mana syarikat minyak lain seperti Petronas, Caltex, BHP atau lain-lain yang bersedia untuk bekerjasama dalam menjalankan perniagaan stesyen minyak selepas tamat tempoh pajakan. Dua perjanjian pajakan sebelum ini lebih menguntungkan pihak Shell dari pihak tuan tanah.

 

 

2)    SAMAN MAHKAMAH BERDASARKAN:

 

i.      Pembayaran berdasarkan Mesne Profit, di taksirkan oleh mahkamah

 

ii.     Faedah 8 % setahun ke atas Mesne Profit

 

iii.    Ganti rugi am seperti yang di taksir oleh mahkamah.

 

Sign Up Advertlets

Shell (Kronologi Kes)

 

 

1) KRONOLOGI KES

Pajakan pertama tapak stesyen minyak Simpang Empat Petrol Station, Hutan Melintang, selama 21 tahun bermula dari tahun 1968-1989. Allahyarham Hj. Ahmad hj. Asmawi menjalankan perniagaan dengan di bantu oleh anak sulungnya Hj. Othman hj. Ahmad. sehingga meninggal dunia pada 26/12/1984. Perniagaan ini di sambung oleh allahyarham Hj. Othman Hj. Ahmad dan dibantu oleh Mohd. Nasir hj. Ahmad dan Adabiah bt. Hj. Ahmad (Busu).

 

Pajakan 21 tahun kedua dari 1989 – 2010.telah di tanda tangani oleh  Abdul Hamid hj. Ahmad bagi pihak keluarga dengan pihak Shell. Perniagaan mula mengalami kerugian atas beberapa sebab.

 

Pada Januari 1993 perniagaan tersebut telah diambil alih oleh Aharar Shell Service Station.

 

 

ANTARA TERMA-TERMA PERJANJIAN PAJAKAN KEDUA:

 

 

 i.      Pajakan tanah selama 21 tahun dari 15/11/1989 hingga 14/11/2010

 

 ii.      Sewa sebulan RM750 @ RM9,000.00 setahun.

 

iii.      Pembayaran sewa “paid in advance every 7 years.” @ RM750X12X7=RM63,000.00

 

iv.      Bayaran RM6,300 (10% dari RM63,000) hendaklah di bayar dalam tempoh 14 hari apabila perjanjian di tanda tangani.

 

v.      Bayaran RM56,700 (90% dari RM63,000) hendaklah di bayar dalam tempoh 14 apabila perjanjian/pajakan tanah di daftarkan oleh Pejabat Tanah.

 

 

PERMASALAHAN YANG TIMBUL:

 

 i.      Perjanjian antara Abdul Hamid dengan pihak Shell bertarikh 27/01/1992

 

ii.      Pajakan didaftarkan di Pejabat Tanah pada 23/05/1992.

 

iii.      Pihak Shell hanya membuat pembayaran sejumlah RM63,000 bertarikh 4/12/1992.

 

 

A)   Kecuaian/kesilapan pihak Shell lewat membayar sewa tapak tidak mengikut perjanjian menyebabkan Abdul Hamid memulangkan Cek berjumlah RM63,000. Sehingga kini kita masih belum mengambil wang sewa tapak Shell.

 

Kesilapan pihak Shell ini di gunakan oleh Hamid melalui peguam Dato’ Shafee Abdullah berunding untuk menaikkan sewa tapak. Akhirnya pihak Shell bersetuju untuk menaikkan sewa dari RM750 sebulan ke RM1200 sebulan. Tetapi tempoh pajakan 21 tahun ditambah 7 tahun menjadi 28 tahun. Sekiranya perjanjian ini di tanda-tangani, Pajakan Kedua ini akan tamat pada tahun 2017 ?.

 

B)   Abdul Aziz hj. Ahmad pula melalui Syed Ibrahim & Co. (Abdul Kadir Ismail) berunding dengan pihak Shell(atas kesilapan pihak Shell) untuk membuat suatu perjanjian baru bagi mengambil alih semula pengendalian perniagaan stesyen minyak tersebut dan suatu kadar sewa baru yang munasabah. Rundingan demi rundingan dari tahun 1996 hingga 2002 agar perniagaan tersebut di serahkan kepada keluarga tidak berhasil. Pihak keluarga ingin membatalkan perjanjian sewa tapak Shell yang sedia ada dan dua Perintah Mahkamah untuk menaikkan kadar sewa dan tempoh pajakan. Apabila tiada penyelesaian dicapai, akhirnya pihak keluarga telah menyaman pihak Shell.

 

 

2)    SAMAN DALAM MAHKAMAH TINGGI:

 

Pihak Shell telah menggunakan khidmat 3 firma Guaman. Firma peguam yang pertama adalah Lalchand & Nawawi ( Ipoh & Cawangan Teluk Intan). Kedua bertukar kepada Ghazi & Lim. Akhirnya kes ini melalui Zul Rafigue & Co.

 

Kes saman ini telah di bicarakan “Dalam Kamar” di Mahkamah Tinggi sebanyak 3 kali. Kemudian dibawa ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan pula memutuskan untuk “Open Court Hearing”. Kita minta kes ini di bicarakan dalam “chamber” kerana kes tuntutan ini adalah jelas. Pihak Shell pula terpaksa mencari dan memberi pelbagai hujah/alasan kenapa mereka tidak membayar sewa ikut terma perjanjian. Pihak Shell menyatakan Simpang 4 Petrol Station ada berhutang dengan Shell. Kita pula menyatakan bahawa terma-terma perjanjian adalah jelas dan mestilah dipatuhi. Tidak tercatit atau dinyatakan dalam perjanjian tersebut agar pihak Shell dapat menangguhkan pembayaran sewa tapak atau “set-off / contra” sekiranya ada hutang. Walau apa jua hujah pihak Shell tentang kelemahan kelemahan atau kesilapan pihak kita sebelum ini, ianya bukan hujah yang kukuh untuk mereka mempertahankan diri. Pembayaran sewa tapak mestilah di buat ikut jadual seperti yang tercatit dalam perjanjian.

 

Persoalannya lagi kenapa pihak Shell menghantar sejumlah wang (cek) RM63,000 hampir setahun setelah perjanjian ditanda-tangani, sekiranya mereka ingin “set-off atau contra” hutang Simpang 4 Petrol Station. Seperkara lagi sekiranya hutang menjadi isu, kenapa pada tahun 2002, melalui peguam Ghazi & Lim mereka menyatakan bahawa wang berjumlah RM126,000 (untuk 2 pembayaran) telah sedia ada, dan bila nak ambilnya. Kita menyatakan wang sewa tersebut adalah perkara kedua, perkara yang utama adalah maruah keluarga, kita mesti mengambil alih semula perniagaan tersebut dan membuat perjanjian baru.

 

Perbicaraan terbuka pada peringkat awalnya ditetapkan pada bulan April tadi. Tetapi kini perbicaraan ini di tunda pada bulan November akan datang untuk selama 5 hari.

 

 

3)    PERSOALAN/PERMASALAHAN:

 

  1. Mohd Nasir hj. Ahmad & Busu telah mengalami kerugian beberapa tahun dari 1990 hingga 1992. Antara sebab kerugian tersebut adalah kerana tangki bocor. Apabila diberitahu kepada pihak Shell mereka tidak mengindahkannya. Persoalannya kenapa apabila Aharar mengambil alih pada Januari 1993, pihak Shell telah mengantikan semua tangki-tangki minyak tersebut.

 

  1. Apabila Mohd Nasir & Busu mengalami kerugian beberapa tahun, kenapa pihak Shell (terutama Area Manager/Supervisor ) tidak membantu dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi samada dari segi pengurusan atau akaun.

 

 

 

 

Bagaimana Timbulnya Cerita Nak Saman Shell?


Rundingan antara Hamid dan Shell.

Diatas kecuaian/kesilapan pihak Shell lambat membayar sewa tapak, Abdul Hamid (Abang Ihak), atas nasihat peguam Shafee Abdullah berunding dengan pihak Shell untuk menaikkan sewa dari RM750.00 ke RM1,500.00 seperti yang dikehendaki oleh Hamid pada peringkat awal perundingan.

Selepas beberapa perundingan, akhirnya pihak Shell bersetuju menaikkan sewa dari RM750.00 ke RM1,200.00 sebulan. Tetapi pihak Shell meminta tempoh pajakan 21 tahun di tambah 7 tahun lagi menjadi 28 tahun.

Selepas beberapa perundingan, pihak keluarga pada peringkat awalnya bersetuju dengan cadangan pihak Shell.

Kenapa Hamid Memulangkan Cek Tersebut ?

Abdul Hamid (abang Ihak) pada peringkat awalnya meminta sewa tapak Shell RM1,500.00 sebulan. Pihak Shell hanya bersetuju pada kadar RM750.00 sebulan. Selepas beberapa perundingan, akhirnya atas nasihat Shafee Abdullah, suatu perjanjian telah di tandatangani antara Abdul Hamid dan Shell pada kadar sewa RM750.00 sebulan.

Perjanjian di tandatangani pada 27/1/1992 (Menurut perjanjian pihak Shell sepatutnya membayar RM6,300.00 dalam tempoh 14 hari).

Pajakan didaftarkan di Pejabat Tanah pada 23/5/92 ( Pihak Shell sepatutnya membayar RM56,700.00 dalam tempoh 14 hari).

Di takdirkan untuk menjadi cerita diatas kecuaian/kesilapan pihak Shell hanya membayar sejumlah RM63,000.00 pada cek yang bertarikh 4/12/1992.

Pihak Shell telah mengingkari perjanjian, tidak membayar sewa mengikut terma-terma perjanjian. Pihak Shell membayar setelah hampir setahun perjanjian ditandatangani, dan lebih 6 bulan perjanjian didaftarkan.

Atas nasihat peguam Shafee Abdullah, Hamid telah memulangkan cek tersebut kepada pihak Shell.

Waktu tersebut perniagaan Shell Simpang 4 menghadapi beberapa masalah. Pada 1/1/1993 pengurusan perniagaan Shell telah diambil alih oleh Aharar Shell Service Station.

Disputes(Pertikaian): Kumas vs Shell

Pajakan tanah tapak Shell selama 21 tahun dengan kadar sewa RM750 sebulan bermula dari 15  Nov. 1989 hingga 14 Nov. 2010. Iaitu sebanyak RM9,000.00 setahun.

Antara kandungan perjanjian tersebut:
i)   Pembayaran sewa adalah secara advance setiap 7 tahun (3 kali  bayar). Sekali bayar 750 X 12 X 7  =RM63,000.00

ii)  Pihak penyewa (Shell) hendaklah membayar sewa kepada tuan tanah 10% dari  RM63,000.00 (iaitu RM6,300.00) dalam tempoh 14 hari dari tarikh perjanjian  ditanda-tangani. 

iii) Pihak penyewa (Shell) hendaklah membayar sewa kepada tuan tanah 90% dari  RM63,000.00 (yakni RM56,700.00) dalam tempoh 14 hari apabila perjanjian dan geran tanah tersebut  didaftarkan di Pejabat Tanah.

Fakta Kes:

Perjanjian antara Abdul Hamid b. Ahmad (pihak Kumas) dgn Shell (Tengku Mahalel) bertarikh 27/1/1992.

Perjanjian tersebut telah didaftarkan di Pejabat Tanah (di pajak) bertarikh 23/5/1992.

Pihak Shell telah menghantar cek berjumlah RM63,000.00 bertarikh 4/12/1992 kepada Abdul Hamid melalui peguam Dato’ Shafee Abdullah.

Atas nasihat peguam Shafee Abdullah, Hamid telah memulangkan cek tersebut kepada Shell.

Case Study yang menarik.

Sekiranya ada kulaan kita yang jadi lawyer atau university law student, ianya sangat menarik sebagai suatu project paper, case study, atau thesis, kerana ianya dah berlarutan lebih 10 tahun.

Kenapa Perjanjian Tersebut Di Pertikaikan?

Kenapa kita mempertikaikan perjanjian tersebut dan ingin membatalkannya setelah melalui beberapa perundingan yang tidak mencapai kata sepakat ?

Pihak Shell telah melakukan kesilapan kerana tidak membayar sewa tapak menurut perjanjian menyebabkan Abang Ihak memulangkan semula cek berjumlah RM63,000.00 kepada pihak Shell.

Sehingga kini kita tidak mengambil walau satu sen pun wang sewa tapak tersebut.

…..bersambung….

Perjanjian tapak Shell

Pajakan tanah tapak Shell selama 21 tahun dengan kadar sewa RM750 sebulan bermula dari 15 Nov. 1989 hingga 14 Nov. 2010. Iaitu sebanyak RM9,000.00 setahun.

Antara kandungan perjanjian tersebut:

i)   Pembayaran sewa adalah secara advance setiap 7 tahun (3 kali bayar). Sekali bayar 750 X 12 X 7 = RM63,000.00

ii)  Pihak penyewa (Shell) hendaklah membayar sewa kepada tuan tanah 10% dari RM63,000.00 (iaitu RM6,300.00) dalam tempoh 14 hari dari tarikh perjanjian ditanda-tangani.

iii) Pihak penyewa (Shell) hendaklah membayar sewa kepada tuan tanah 90% dari RM63,000.00 (yakni RM56,700.00) dalam tempoh 14 hari apabila perjanjian dan geran tanah tersebut didaftarkan di Pejabat Tanah.

Kronologi Kes Shell

Pajakan tapak Shell yang pertama untuk 21 tahun bermula dari 15 hb. November 1968 hingga 14 November 1989 dengan kadar sewa RM50.00 sebulan. Arwah abah mungkin berpuas hati kerana dapat berniaga apabila pihak Shell menyediakan bangunan, pam, tangki dan pelbagai kemudahan, dan mendapat sewa bulanan dari Shell RM50.00 sebulan. Pihak tuan tanah pula membayar sewa kepada pihak Shell dengan kadar potongan dari komisyen jualan minyak. Arwah pernah menyatakan selepas 21 tahun nanti semuanya ini kepunyaan kita. Arwah abah meninggal dunia pada 26/12/1984. Acik masih ingat lagi kali pertama mengepam minyak ialah pada hari pilihanraya 10 Mei 1969 semasa dalam darjah 4.

Pajakan tapak Shell untuk 21 tahun ke dua adalah dari 15 Nov. 1989 hingga 14 Nov. 2010, dengan kadar sewa RM750 sebulan. Abang Ihak(Abdul Hamid)  pada peringkat awalnya mahukan sewa RM1500 sebulan, seperti yang disarankan oleh pihak Jurunilai Bersekutu. Tetapi selepas beberapa perundingan beliau telah menanda-tangani perjanjian dengan pihak Shell dengan kadar sewa RM750 sebulan melalui peguam Dato’ Shafie Abdullah (peguam Mat Taib, Eric Chia, Syarifah Aini, dll…)

Apa Kah Yang Sebenarnya Berlaku di Perak ?

Taklimat Dato’ Seri Nizar:

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, “Insya Allah, tidak”.

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SPR pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan……….. NIZAR

BAGAN DATOH

Pekan kecil pinggir muara

menganjur tenang jauh ke Selat Melaka

sudah seabad berjasa melahirkan para mualim dan ulama

sejarahnya bermula di Pasang Api

mendaratkan peneroka Batu Bara

kerana seekor penyengat menggigit Tok Kelah

menerima petunjuk

membuka perkampungan terpencil

lalu ia dikenali Sungai Keling yang tidak rasi

bertukar Pekan Baru menjadi Bagan Datoh yang tersohor

Mitos ini tidak bermula di sini!

bukankah Beting Beras Basah menyangkutkan

bahtera Raja Muzaffar

lalu tidak membuang pedang Cura Simanja Kini

kecuali muatan diraja

nasihat pawang banginda menyelam ke dasar laut

tujuh hari tujuh malam

peliknya, sesudah itu bahtera bias belayar ke Ayer Mati

untuk agenda pertabalan.

Puaka beting ini sudah berusia empat ratus tahun

tidak terkaji akal manusia kenapa kadangkala ia tenggelam dalam lautan!

Bagan Datoh yang intim dengan lambaian dedaunan kelapa

telah bangkit dari alam tradisi mengapai impian

sempena seabad ini, projek multiringgit membenamkan

tebing yang kian retak

selut lumpur muara Sungai Bernam dan Sungai Perak

menjadi pelabuhan dagang dan bandaraya selat

menjunjung kehendak alaf baru, pemimpin besar

Dalam menjejaki denai alaf baru

kita perlu dirubah dan sanggup berubah

menjunjung akalbudi memartabatkan akarbaka

pedoman generasi seratus tahun nanti.

Jejak warisan seabad telah ditinggalkan

menyusur kini langkah modenisasi menuju kecemerlangan

mengolah beradaban dan ketamadunan madani

satu agenda besar “Bagan Datoh nombor satu”

ZABIDIN ISMAIL ‘97

Gusti Banjar dan Raja Muda Perak

Arwah abah pernah bercerita:

Suatu hari di zaman dahulu di kawasan Bagan Datoh. Penghulu kawasan Bagan Datoh mengadakan khenduri dirumahnya. Beliau menjemput Raja Muda Perak yang bersemayam di Teluk Intan dan penduduk tempatan menghadiri majlis tersebut. Dalam majlis tersebut, Raja Muda duduk ditempat yang tinggi dari orang ramai . Raja Muda merasa pening-pening dalam majlis tersebut. Baginda bertanya kepada Dato’ Penghulu supaya bertanya kepada rakyat jelata samada ada antara hadirin yang datang ada antaranya golongan kerabat diraja. Antara yang hadir terdapat seorang dari keturunan Gusti. Baginda menyuruh Dato’ Penghulu menjemput orang yang berketurunan Gusti tersebut duduk disebelahnya ditempat yang tinggi. Setelah itu barulah baginda Raja Muda berasa selesa (hilang rasa pening-pening).

Siapa kah mereka yang berketurunan Gusti. Cerita Gusti ni timbul apabila arwah abah membawa Abdul Rahman orang Parit Ahad (Simpang Tiga) ke Taiping kerana Abang Malik nak dirikan rumah di jalan Cator Avenue (Jln. Assam Kumbang). Arwah abah menyatakan terdapatnya kayu Cengal untuk rumah tersebut, terpaksalah membawa orang berketurunan Gusti. Arwah abah yang mahir tentang ilmu kitab Tajul Muluk memilih hari yang tertentu untuk mendirikan rumah tersebut. Bahkan imam masjid Simpang Tiga yang kematian isteri pun berjumpa arwah abah meminta melihat dan mengira kitab Tajul Muluk apabila hendak berkahwin semula.

Kerajaan Banjar di Banjarmasin Kalimantan Selatan adalah antara kawasan yang terakhir yang dapat ditakluk oleh Belanda di Indonesia. Apabila Kesultanan Banjar jatuh ketangan Belanda, maka mereka pun melarikan diri. Antara tempat yang mereka pergi adalah Malaya pada masa tersebut. Keturunan kerabat diraja Banjar di gelar Gusti. Terdapat beberapa keturunan Gusti Banjar di Bagan Datoh dan Sungai Besar. Majlis perkahwinan mereka ini juga seperti majlis perkahwinan di raja pada masa dahulu. Sekiranya orang lelaki kebiasaan yang berkahwin dengan perempuan berketurunan Gusti, mereka merasai badan yang kurang selesa (pening-pening) pada hari perkahwinan.