Category Archives for Pendidikan

Pemilik Tunggal

Pemilik Tunggal:

Perniagaan dimiliki/didaftarkan oleh satu orang sahaja.

Paling mudah/murah untuk didaftarkan.

Menerima segala keuntungan/kerugian.

Tanggungan tidak terhad (Unlimited liability).

Bertanggung -jawab keatas segala hutang/tanggungan/risiko.

Sign Up Advertlets

Big Deal, Small Deal

Pepatah Melayu ada menyebut:

Ukur baju di badan sendiri

Dan pepatah ini ada diterjemahkan dalam permainan Cashflow 101 apabila anda diajar mengenai konsep Big Deal & Small Deal.

Konsep ini amat baik kerana ia memecahkan persepsi anda mengenai “Nak berniaga mesti ada kedai” dan “Mahu berniaga mesti ada modal besar.”

Apa itu Small Deal?

Small Deal adalah urusan jual beli yang tidak melibatkan modal yang besar. Umpamanya membeli kaunter saham yang memerlukan modal dari RM 1000 – 5000. Pelaburan hartanah untuk rumah yang berharga kurang dari RM 100 000 – RM 150 000. Perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan dari rumah.

Konsep nya adalah, “Mulakan dengan apa yang anda ada.”

Apa itu Big Deal?

Ia adalah pelaburan yang sama tapi dengan taraf kemahiran dan modal yang lebih tinggi. Kalau anda sudah biasa membeli saham-saham dengan modal di bawah RM 5000 dan membuat untung, maka sudah tiba masanya anda membeli saham-saham dengan modal RM 50 000 dan ke atas pula.

Kesilapan biasa pada pemikiran kita

Ramai daripada anda menjadi payah dan liat untuk berniaga atau melabur apabila mereka memandang pada sudut big deal sahaja. Anda sering berfikir untuk mahu mula berniaga itu mesti mempunyai kedai, pejabat dan pekerja.

Pada peringkat awal, ia tidak perlu begitu. Cari peluang perniagaan dan peluang pelaburan yang sesuai dengan kemahiran dan modal yang anda ada. Dan permainan Cashflow 101 ini boleh mengajar anda untuk start small dan belajar melihat peluang (opportunity) perniagaan dan pelaburan yang ada.

Apabila anda sudah berjaya dengan small deal, maka sudah tiba masanya anda melangkah ke big deal. Perniagaan dan pelaburan yang maju setapak lagi.

Tetapi ingat, small deal & big deal baru 2 peringkat yang pertama dan ia masih belum melayakkan anda untuk ke peringkat fast track.

*Artikel dipetik dari www.pakdi.my

Kurangkan Bayaran Bulanan Pinjaman Rumah Anda

Kulaan Sabarataan,

Topik yang agak penting untuk hampir setiap orang. Ye lah, hampir 100% orang di Malaysia kini, memiliki rumah, hanya dengan kemudahan pinjaman bank(kalau tak duduk rumah atap nipah je la). Tak semua orang ada RM60, 000 dan ke atas yang diperlukan sekarang untuk beli rumah dengan tunai.

Jadi, apa kaitan dengan tajuk di atas. Kita faham, kegawatan ekonomi hari ini, bisnes merudum, kenaikan pangkat tersekat, dan seribu satu cabran. Ah, ini kan hidup, itu asam garamnya.  Begini saudaraku, bayaran bulanan ini dikira dari formula yang ditetapkan bank. Untuk kurangkan monthly installment kepada bank, terdapat beberapa kaedah. Kita akan bincangkan satu persatu.

Pertama. Panjangkan tempoh pinjaman. Katakan anda dulu pinjam 15 tahun, dan tinggal baki bayaran dalam 10 tahun. Katakan anda bayar dalam rm400. Jumpa pegawai bank anda, minta panjangkan tempoh dari baki 10 tahun tadi kepada 20 tahun mungkin bayaran bulanan kepada yang lebih rendah, katakan rm280.Ini tak perlu kos tambahan, anda hanya perlu bercakap dan deal dengan pegawai bank anda. Gentle reminder, saya cadangkan panjangkan tempoh pinjaman, bukan re-finance rumah anda. Ada perbezaan besar di situ.

Kedua. Kurangkan kadar faedah pinjaman hasil BLR turun. Saya tahu, anda dah mula bercakap, “alamak, kami dah tau, kan BLR dah 3 kali turun tahun ni”. Bank Negara dah umum BLR turun berperingkat dari 6.75% kepada sekarang sekitar 5.55%. Ya, anda tahu itu, semua orang tahu. Saya akan share lebih lagi. Itu pun, kadang-kadang ada rakan bertanya, “BLR dah turun, tapi… apasal installment aku sama je, tak turun ke ? “. Ada 2 cara bank-bank di Malaysia mengaplikasikan penurunan BLR ini. Pertama, kurangkan terus installment bulanan, contoh dari rm500 kepada rm450. Kedua, bank nampak macam tak buat apa-apa, installment bulanan tak pun turun. Tapi, pengurangan baki prinsipal lebih besar dari biasa. Jadi, secara mudah dan ringkas, pinjaman kita akan lunas dalam tempoh lebih dekat, katakan kita jimat beberapa tahun.

Ketiga. Kurangkan kadar sebenar faedah pinjaman(Reduce effective lending rates).  ” Apa ni tuan, ini sama macam tadi, apa bezanya ? “. Begini saudara, katakan dulu masa mula-mula mohon pinjaman perumahan, kadar faedah adalah begini : BLR + 1.5%, atau : BLR -  0.2%, atau : BLR - x%. Katakan saudara buat pinjaman ini di waktu tahun hujung 90-an, atau awal 2000-an, loan rates memang tinggi. Saya yang buat pinjaman rumah tahun 2007 pun, kadar saya ialah masa itu: BLR - 0.8%. Saudara, jika saudara meninjau kadar terbaru di bank-bank sekarang saudara boleh dapat dalam BLR - 1.5% atau BLR - 2.5% .  Saudara boleh perhatikan secara effektif nya, kadar faedah dah berkurang lagi dalam sekitar 1-2%. Banyak tu. Jadi pergi ke bank, mohon pada loan officer bank itu, katakan anda mahu pengurangan, minta yang maksimum, cth: mohon BLR - 2.8%. Makin besar nilai pinjaman anda, misal rm200k dan ke atas, makin rendah rates yg akan anda dapat.

Anda kemungkinan, bank reject permohonan anda, teruskan memohon dan berunding. Guru saya pernah berkata, satu-satunya perkara yang tak boleh dirundingkan(negotiate) adalah tarikh mati anda !!

Bank ini pun satu hal, kalau saudara tak mohon, mereka tak beri kemudahan ini. Jadi kita kena celik ilmu kewangan.

Pelaburan Hartanah orang kita

Tajuk yang biasa. Dah naik bosan dengar. Dah naik jemu baca. Kita biasa dengar , biasa tengok, tentang kisah orang lain beruntung hasil hartanah. Ye la, majoriti masih sekadar tengok, dan sekadar sembang :

Lan: Jan, hang ad ada dengak tak cerita pasal Pak Harun jadi OKB

Jan: Orang Kaya Baru !! apa cerita, pasal dia jual tanah tu ke  ala nasib je tu

Lan: Aku pun ingat mcm kau la. nasib dia baik. Tapi aku ada tanya posmen Kasim, dia cerita Pak          Harun dengan anak dia memng ada buat lagi projek kat kg sebelah, berani betul dia

Jan: Tu la org melayu, tamak. baru nasib sikit, dah belagak..

Sikit perbualan biasa dengar, kisah org melayu kita yang tak yakin dengan urusniaga hartanah. Macam2, nasib la, kabel la, gila la, tamak la. Yang kita tau risiko. Untung kita tau, tapi takut. Yang kita kejar skim cepat kaya.

Skim Cepat kaya zaman moden ni dah canggih. Ada ikut internet, ada sewakan teksi, ada yg kata ada lesen Bank Negara, gila apa. Kita dah tahu sesetengah skim tau memang Ponzi skim, tapi pasal 15% setiap bulan, terbeliak mata, masuk juga, katanya ada kawan dah berhenti kerja, pasal masyuk buat keje ni. Ye la tu.. Pasal tu zaman sekarang ni kita kena cerdik dan celik. Kita bukan saja pandai membaca buku dan majalah, Tapi perlu celik dan cerdit KEWANGAN.

Nah apa lagi, jom kita kulaan, kita start membaca situasi hartanah di kawasan kita. tempat kita kerja, tempat tinggal, kampung , mana2 la…  Urusniaga hartanah ni ada banyakcara/kaedah. Rumah lelong, beli tanah lepas tu pecah lot, beli tanpa d/payment, mcm2 la…   Betul nanti ada orang kata, modal mana nak cari. Itu la pentingnya kesepakatan, kesepaduan. Kita sama-sama, (usaha sama, untung sama).

Pernah dengar cerita, orang singh(bai), mcm persatuan diorang la, masa 70-an dulu kumpul duit beli kedai kt bangsar dlm puluhan ribu rm( tingi utk masa tu), tapi sekarang cuba tanya bropuchong alias yg skrg kerja kat bangsar, berapa bos dia bg sewa kedai kat bangsar, menggigil dengar, lebih rm2ok.

maas salamah. Gracia Muchahchas.

Case Study yang menarik.

Sekiranya ada kulaan kita yang jadi lawyer atau university law student, ianya sangat menarik sebagai suatu project paper, case study, atau thesis, kerana ianya dah berlarutan lebih 10 tahun.

Ayat pendinding dimasa tidur.

Siapa-siapa membaca Al Fatihah sekali,

tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur,

kemudian ia membaca Qul-hu-allah-u-ahad 3kali,

Qul-a’u-zu-bi-rab-bil-falaq sekali dan

Qul-a’-u-zu-bi-rab-bin-nas sekali.

Terselamat ia dari segala kejahatan dan

mudharat,serta menjadi pendinding dari hantu

syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk

dalam masa ia tidur.

Untuk Kak Fatrah/anak-anak arwah along Hj. Samad.

Assalamulaikum,

Ah Lan Wa Sahlan Wal Marhaban kulaan sebarataan….

Saya dan adik beradik yang lain telah berusaha bertakun (bertanya) merata-rata mencari nama ibu kepada arwah abah. Kami telah bertanya kepada adik beradik arwah abah tetapi ramai yang tidak tahu. Ini timbul apabila kami ingin membuat carta salasilah keluarga. Semasa arwah abah/emak masih hidup kami lupa untuk bertanya nama atuk perempuan.

Cucu-cucu arwah Hj. Sadun mungkin ramai yang tidak mengenali anak-anak arwah along Hj. Samad. Arwah along Hj. Samad dan Hj. Sadun adalah dua beradik satu ayah/ibu anak kepada Hj. Asmawi dengan anak perempuan Datuk Penghulu Laksamana Hj, Saman. Arwah atuk perempuan meninggal semasa hj. Sadun masih kecil.

Arwah along Hj. Samad mempunyai ramai anak-anak yang berjaya. Mereka ramai yang terdiri dari kalangan guru-guru graduan universiti. Sebagai contohnya arwah abang Murad bekas pengetua Kolej Islam Kelang, Kak Halimah bekas pengetua Sek. Taayah Ipoh, dll..

Hj. Saman mempunyai beberapa orang anak perempuan seperti Hjh Munah (emak Harris Gas) dan Hjh Rahmah (atuk darat). Di katakan Hjh Rahmah seorang yang peruna (?) berkahwin/cerai  4 kali. Antara anak-anaknya ialah Hj. Jaafar (bapa kepada arwah Jali/Rahim) dan angah Hamid Ipoh.

Hj. Asmawi yang kematian isteri berkahwin dengan hjh Rahmah yang bercerai dengan suaminya (salin tikar). Mereka mempunyai beberapa orang anak, antaranya Alang Hj. Hussin tukang jahit, Anggah Acil (Hadri), Angah Aba, isteri Hj. Daman Selekoh (emak Saipol), Hjh Sapiah Selekoh, Busu Fatimah Sg. Besar.

Sekiranya Kak Fatrah atau kulaan yang lain tahu nama atuk perempuan sila respon artikel ini.

Wassalam

Jimat Petrol Dengan Ubat Gegat ??!!

 Memandangkan hari ini harga petrol yang tinggi disebabkan kenaikan harga minyak global dan faktor-faktor lain, maka bermacamlah cara dilakukan untuk penjimatan petrol yang optima. Antaranya menggunakan pil fuel saver. Nampaknya sekarang kereta pun ada pil tersendiri.. Kaedah ini memang terbukti berkesan tetapi harga pil itu juga mahal dan kalau dikira tolak campur.. pi mai pi mai tang tu jugak… still kena keluar duit.renault_dragonfly_wing.jpgOk.. sebenarnya ada satu cara istimewa yang diadaptasi daripada penggunaan pil penjimat petrol fuel saver tersebut… Mengikut kajian dan eksperimen oleh sekumpulan engineer syarikat automotive dan benda ni telah pon dibuktikan oleh mereka.. Iaitu kita boleh mengunakan UBAT GEGAT sebagai alternatif kepada penggunaan pil fuel saver. Ubat gegat yang dimaksudkan ialah yang berbentuk pil sebesar ibu jari tangan… yang kebiasaannya kita letak dalam almari atau laci untuk elakkan daripada serangga seperti lipas dan semut. Ubat gegat ini boleh didapati secara mudah dan murah dimana-mana.mothballs-754553.jpgCara-cara penggunaannya begini yang mesti diikut untuk kesan penjimaan yang optima, * Pergi mana-mana stesen minyak untuk mengisi petrol dan pastikan memilih jenis unleaded(tanpa plumbum) sahaja. * Sila buat isian sepenuh mungkin tangki minyak kereta anda.. sebabnya kita tidak mahu ada ruang udara dalam tangki minyak… cubaminimumkan atau kalau boleh tidak ada langsung ruang udara.. * Bila tangki sudah penuh dengan petrol, anda terus memasukkan 2 biji ubat gegat yang berbentuk pil tadi kedalam tangki minyak dan tutup dengan ketat secepat mungkin… tujuannya nak kurangkan tidakbalas dengan gas dalam udara. * Ok lepas itu anda boleh Dengan Ubat Gegat ??pandu macam biasa.. dan pastikan anda telah resetkan meter mileage anda kepada zero untuk anda melihat keajaiban hasilnya nanti. Cara ini telah terbukti berkesan menjimatkan 25%-30% pengunaan petrol oleh kereta anda dan tidak ada kesan sampingan langsung, malahan fungsi ubat gegat tadi adalah 99% sama dengan pil fuel saver yang dijual dipasaran..bezanya cuma bentuk fuel saver yang lebih kecil. Selamat mencuba.Sumber: Petua Warisan 

Ahli KUMAS(AZAM KHALIL)terima ijazah diUTM Skudai

Hari ini 19hb august 2008,salah seorang ahli KUMAS telah menerima ijazah diUTM skudai Johor.KUMAS mengucapkan syabas dan tahniah dan diharapkan dapat menyumbangkan idea,tenaga dan fulus untuk meningkatkan KUMAS setanding dengan Pertubuhan lain.Untuk ahli KUMAS yang sudah ada ijazah atau diploma,begitu juga yang akan memiliki Ijazah atau diploma,bantulah ahli-ahli lain untuk meningkatkan taraf hidup.HIDUP KUMAS untuk kesejahteraan kulaan-kulaan KUMAS.Tak lupa juga tahniah kepada Acik ajes sebab anaknya iaitu Nurzafirah dan Nurfarzana berjaya melanjutkan pengajian di luar negara iaitu di INDIA dan RUSIA.

Brother PUCHONG