Kulaan Sabarataan,
Aset tanpa hasil. Aset kurang hasil. Aset yang memeningkan kepala. Harta dan tanah pusaka. Biasa dengar, biasa bincang tapi tak biasa beruntung. Adakah ini benar untuk tajuk diatas. Jawapannya YA dan TIDAK. Hampir setiap kali kita berkumpul, perkara inilah kita bincangkan. Tak habis-habis, dan tak insaf-insaf. Adakah setiap kali kita berbincang mengenainya, kita menggunakan akal yang waras, atau hanya mengguna hati perasaan yang tak puas-puas. Kita iri hati akan kepada si Anu yang mendapat bahagian yang lebih.
Pusaka ini adalah amanah dari tuhan. Amanah yang mana kita sepatutnya memperkembangkan harta ini, meluaskan jaringan ekonomi dan membantu meningkatkan keadaan ekonomi sesama kita.
Underperforming asset.
Contoh biasa yang kita pernah dengar. Azroy(contoh je) menerima pusaka tanah yang terkandung ( (a)1 keping tanah kg 2 ekar, dan (b)1 keping tanah tepi jalan 0.5 ekar). Katakan (A) mempunyai value RM30,000 dan (B) value RM40,000. Biasa kita dengar tanah A akan diberi pajak. Janji-janji manis, si-pemajak, ” oh dalam setahun blh dapat rm1ribu lebih ni, bersih”. Terasa macam indah dan bagus. Praktikalnya anda pun tahu, terkadang kita lagi yang terhutang dengan dia. Mari kita banding nilai RM40,000 dilabur ke ASB atau Tabung Haji. ASB dapat laba RM 3600 setahun, Tabung Haji RM2000 setahun. Terkadang kita biasa menerima hasil bersih( tolak kos, upah, dan pembahagian untung dll) yang kadang kala tak masuk akal rendahnya. Mungkin setiap tiga bulan kita dapat RM240 untuk tanah kita itu, selepas ditolak segala macam kos dan upah si pemajak tanah. Jika ini diketahui oleh tok moyang kita yang bersusah payah berusaha, tentu mereka bersedih, sangat sedih.
Saudaraku, kita mesti cari jalan, cari peluang, tekad usaha. Bukan mencari alasan. Ingat ini aset kita. Kita berhak dan wajib mengusahakan supaya kita beruntung, bukan merempat.
Sebagai contoh, saya minta maaf dulu jika bersifat menyibuk hal orang. Hartanah tepi jalan di tepi jalan besar utama Simpang Empat. (Ha ha, dah ada yang tau). Saya tahu, saudara tahu, rasa-rasa dah hampir 10 tahun kosong. Tak berpenghuni, dan yang penting, tak berhasil. Tak masyuk, budak-budak sekararang kata. Jom kita kira, untung yang kita melepas. Katakan hartanah itu boleh disewa purata RM 600/bulan. Untung yang melepas 10 tahun, ” 600/bulan x 12 x 10 tahun = RM 72,000″. Wow, adakah mereka sedar akan kehilangan wang sebanyak RM 72,000 !!! Ya, anda ada alasan, tapi mari kita mencari dan mencipta peluang, membuka dan mengembang muamalat untuk manfaat diri dan keluarga.
Elok saya berhenti disini sebelum banyak lagi kes ditimbulkan. Ada banyak lagi aset mati, aset tak berhasil, tapi tiap-tiap tahun kena bayar cukai hasil. Slot yang akan datang akan dibincang apa boleh dibuat dengan aset-aset ini.





