Category Archives for Organisasi

Shell (Tuntutan/Rundingan)

RUNDINGAN PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH:

SAMAN ABDUL AZIZ BIN HJ. AHMAD & 21 LAGI TERHADAP

SHELL MALAYSIA TRADING SDN. BHD.

 

1)    TUNTUTAN PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH:

 

Tunggakan sewa/pajakan tapak 1989-2010 (21 tahun)

RM750 X 12 X 21 = RM189,000  paid in advance every 7 yrs.

Sehingga kini duit sewa ini belum di ambil lagi.

 

 

Bil.

Perkara:

Keterangan:

 

Jumlah RM

i).

Bayaran Sewa Tapak:

 

1 st.  Payment

Dividen 63,000 X 5% X 21 yrs.

2 nd.  Payment

Dividen 63,000 X 5% X 14 yrs.

3 rd. Payment

Dividen 63,000 X 5% X 7 yrs.

RM63,000

RM66,150

RM63,000

RM44,100

RM63,000

RM22,050

 

 

 

JUMLAH

 

RM321,300

ii).

Lost of Income.

1993 hingga 2010

RM6,000 per mth/min.

6000X12X17 yrs

RM1,224,000

iii).

Saman Malu

Nama keluarga tercemar.

 

RM2,000.000

iv).

Ganti Rugi am

 

 

RM1,500,000

 

 

 

 

 

 

 

JUMLAH

 

 

 

 

RM5,045,300

 

 

i.     Tuntutan diatas boleh di runding

 

ii.     Sekiranya pihak Shell tidak mahu berunding secara “WIN-WIN Situation”, mereka terpaksalah keluar dari tanah tersebut apabila tamat tempoh perjanjian/pajakan pada 14 hb. November 2010.

 

iii     Sekiranya tiada penyelesaian luar mahkamah, pihak tuan tanah akan tetap menyaman Shell tidak kira berapa lama mahkamah mengambil masa untuk membicarakan kes ini.

 

iv.   Tuan tanah akan memilih mana-mana syarikat minyak lain seperti Petronas, Caltex, BHP atau lain-lain yang bersedia untuk bekerjasama dalam menjalankan perniagaan stesyen minyak selepas tamat tempoh pajakan. Dua perjanjian pajakan sebelum ini lebih menguntungkan pihak Shell dari pihak tuan tanah.

 

 

2)    SAMAN MAHKAMAH BERDASARKAN:

 

i.      Pembayaran berdasarkan Mesne Profit, di taksirkan oleh mahkamah

 

ii.     Faedah 8 % setahun ke atas Mesne Profit

 

iii.    Ganti rugi am seperti yang di taksir oleh mahkamah.

 

Sign Up Advertlets

Penubuhan Koperasi (Part 2)

Cadangan tarikh perjumpaan kita untuk tujuan di atas:

Tarikh:                  8 Feb 2009, Ahad. Cuti Thaipusam

Masa:                    10pagi

Tempat:                Rumah Che Ajis

                ( atau sekitar Simpang4/ Bgn Datoh)

Usul berbangkit:  -  Penubuhan Koperasi

   -  Urusetia Penajaan Koperasi

-  Aktiviti Awal

- Pengumpulan sumber

- Pengumpulan sokongan kulaan lain

- banyak lagi……

                *Kita perlu ramai orang untuk lebih prestasi.

                *2 minds are better than one. Kalau lagi banyak lagi bagus….

 

Mari, Mari , mari…………

Penubuhan Koperasi

Salam Kulaan,

Sekian lama tak bersurah. Yelah, masing2 sibuk( kononnya), saya masih yakin pada, jika kita punyai plan yang betul dan teliti, tiada masa yang terlalu sibuk dan sesungguhnya 24jam/365 hari setahun itu cukup anugerah tuhan untuk kita melakukan segala2 nya yang kita mahukan.

Berfalsafah pulak. Ada kulaan kita yang berkunjung ke Bagan Datoh/Spg4/Tlk Intan, dalam  dua tiga hari ini. Ada sedikit perbincangan dan luahan idea untuk kita, untuk KUMAS, untuik semua.  Melihatkan kememampuan mengumpul  sejumlah besar kuaan cucu-cicit Hj Ahmad Saadun pada HariRaya lepas menunjukkan kita boleh. BOLEH sebenarnya, cuma tak diasah , tak digilap. Kita masih malu2 dan merendah diri yang bukan2. Apalah.. ( saya juga..).

Berbalik pada tajuk asal, PENUBUHAN KOPERASI( SYARIKAT KELUARGA ). Topik besar untuk minda besar. Betul kah ini benda besar, atau benda simple yang saja diperbesarkan, dan dipersusahkan oleh minda kita yang selama ini tertutup dan berhati kecil dan masih di takuk lama.

Idea awal. Dalam Februari ‘09, kita akan buat meeting awal untuk tujuan ini. Bertempat di Simpang 4( atau kawasan sekitar). Permulaan kita perlu ~10 orang. Yelah, jawatankuasa penaja. Banyak plan. Banyak idea. Plan tinggal plan, dan idea tinggal semata2 idea, jika semuanya kurang rajin dan berhati kecil.

Otai2 kita ada bermain2 dengan idea syrikat keluarga , dan koperasi. Pada saya itu hanya/baru bentuk(form). Pengisian( substance) yang penting, usaha berterusan yang penting.

Peta Rumah Kulaan

Salam Kulaan,
Ada banyak permintaan untuk blog kita ini. Satu daripadanya ialah petunjuk jalan ke rumah kulaan semua. Saya pun khairan jugak, ada yang tak tau mana rumah Angah2 dan kulaan-kulaan kita.

Jadi saya rasa, untuk memudahkan perhubungan dan logistic di kemudian hari, adalah elok kita mulakan satu siri baru posting blog kita: PETA KULAAN.

Semua peta akan bermula dari Simpang Empat, Hutan Melintang, Perak. Kalau dari sini pun tak tau, susah la, banyak2 la bertaubat. Ok la, mungkin kalau ada yang tak tau jugak, saya taruh link dari Google Maps utk ke Simpang 4, Hutan Melintang. Refer Google Maps DI SINI.

Saya akan mulakan dengan peta ringkas untuk kulaan sekitar Bagan Datoh, Selekoh, dan Simpang 4 ( Peta rumah Angah Eb, Busu Dibah, Acik Asmah, Acik Siah, Angah Bahak). Dan saya harap, kulaan lain boleh bagi support untuk peta kulaan yg lain.

Untuk permulaan, disediakan peta jalan rumah kulaan, sila klik link: Peta Kulaan Simpang4 , Peta Kulaan Selekoh & Simpang3

Sekian

Laporan Majlis Raya KUMAS

       Selesai jugak majlis kita Sabtu lepas. Yelah, mungkin majlis kita perlu penambahbaikan, kita pun dah nampak beberapa perkara. Estimate lebih kurang ~105 org datang( campur jemputan luar). OK la tu. Masa kita planning dulu, kalau semua anak cucu KUMAS datang, sepatutnya ~124 orang datang.

Secara peribadi, saya rasa, kulaan semua sudah nampak konsep Hari Keluarga kita, so mungkin Fund Raising( Minta sumbangan) untuk majlis tahun depan akan lebih mudah, dan lebih kerjasama dari berbagai segi.

Bersambung…………Komen secara amnya, adalah baik. Kita rujuk satu persatu. Persiapan memasak: sepatutnya masak dan persiapan masak di Rumah Kedai Che Siah, tapi atas sebab tertentu, aktiviti ni dibuat di rumah Che Asmah, tapi alhamdullilah semua OK, walau pun ada sedikit cabaran sana sini.

Sebelum tu, pagi Jumaat, beli barang di TF, (duit x cukup, tambah sendiri), ingat lepas tu boleh terus operasi dekat Kedai Che Siah, tapi kita teruskan di rumah Che Asmah.

Esoknya Sabtu, jadual asal majlis rasmi start pada 11pg, untuk Majlis Yassin & Tahlil, tapi ramai jempuitan luar tak datang, nasib baik Hj Dolah datang, kira OK la tu , ada orang alim lead. Angah Alek lead untuk Yassin, dan lepas Hj Dolah datang dia lead Tahlil.

Acara bacaan sajak dan puisi banjar. Ini takde dalam jadual asal, tapi atas permintaan Angah-Angah, kita terus jugak, ok la tu, dapat juga mencungkil bakat. Semua yg baca sajak banjar dapat hamper, rugi la yang tak baca, tak dapat (termasuk la aku). Rasanya kalau yang baca sajak tu Angah-angah, semua faham, tapi kalau budak2 yang baca, ya Allah, dengan hadirin, dengan dia2 sendiri yg baca pun tak faham. It was fun actually.

Ucapan AJK KUMAS. Angah Alek(Penaung), Angah Bahak(Penasihat), bagi ucapan yang menarik, banyak perkara disentuh, terutama sejarah keluarga, dan mungkin yang paling menarik kisah hidup perjuangan bisnes Atuk Hj Saadun. Bagi Working Commitee, Alias(Presiden) je yang semat berucap pasal kitorang tgk masa mugkin tak sempat.

Sesi Perkenalan diri. Kita plan semua orang, tak kira tua muda. Tapi yang rata-rata yang perkenal diri ialah mereka yang berumur 20 keatas dan jugak perkenalkan ahli keluarga, nama, kerja mana. Yang lucu dan menariknya, Cik Ijah( Hjh Samsiah, mak Rusdi), ingat kan sebelum ni jenis yang tak banyak cakap, sekali kita bagi mikrofon,  banyak idea/sejarah/luahan yg kita dengar. Siap promosi lagi. Ini yang lama ni, ramai Angah2 yang ambil peluang ini untuk bercakap panjang, menyingkap sejarah, dan bagi semangat untuk kulaan taraf cucu berusaha maju seperti Atuk Saadun.

Tak sempat la kita Urusetia nak explain pasal hal lain yang kita ingat nak propose kat kulaan semua macam; insurans, collection duit, dan adalah dua tiga benda yang berkaitan ekonomi sikit. Bagi yg tak datang, kita prepare Hamper untuk cabutan bertuah. Total Hamper ada 14unit. 4 untuk sajak, 12 untuk cabutan bertuah. Aiskrim, walaupun ada yg kata tak berapa kualiti, habis licin.

Sesi Bergambar. Kta buat 2 sesi, lelaki & perempuan. Ok la tu, redup bawah khemah, dengan backdrop banner KUMAS. Ada jugak yang balik awal, tak sempat bergambar.

Secara jelas disini, kadar kehadiran 81.5%. Bagi tepukan la sikit untuk Urusetia KUMAS.Tahun depan we promise a Grander, Bigger, and more Merrier event. Tapi bersyarat, itupun kalau kutipan sumbangan masyuk, lagi ramai menyumbang, dan lebih banyak sumbangan. Program kita tak terhenti di sini, tunggu kan lebih banyak program yang bermaltlamat merapatkan ukhwah dikalangan Kulaan, kita ada plan banyak, bak kata tuk wan astro, MACAM-MACAM ADA.

Sekian. S/U

Majlis HariRaya 4: Cadangan Perubahan

Salam Kulaan sabaratan,

Minggu lepas saya balik ke kampung di Simpang 4, Hutan Melintang. Ye la, nak bersahur dan berbuka bersama keluarga.  Sempat juga menjenguk dan berbuncang dgn Angah2 di sekitar Spg4/Spg3/Selekoh.

Dari tinjauan saya, rata2 menyokong aktiviti pertama KUMAS ni… namun berbalik pada soal JADUAL aktiviti. Pada update saya di SINI dan SANA, jadual bermula pada ~9pagi, dan berakhir pada ~3ptg, dan masak pada Hari Raya 3 Malam.

Kalau ikut maklum balas mereka, cadangan ialah:

-masak pada pagi 8~10.3opg

-Tahlil & Yasin: 11pg

- Aktiviti seterusnya: lepas makan( lepas Tahlil la..)

Ada pro dan kon di sini:

- Dikatakan, mungkin sebilangan kulaan akan balik selepas makan, yg mana akan menjejaskan keterlibatan mereka dalam aktiviti seterusnya seperti SESI BRAINSTROMING & LUAHAN RASA/CADANGAN, dan , SESI BERGAMBAR,  dll.

Mungkin kemeriahan akan berkurang, atau mungkin tidak… sekadar pandang beberapa pihak

- dikatakan juga, jika kita mengikut jadual asal, yakni, masak pada HR3 Malam, dan aktiviti start pada pagi  HR4( lebuh kurang pukul 8.30pg), mgkin kulaan yg jauh tak sempat sampai..   maklum la dgn kerenah anak dan makbapak anak..   dan juga masak di malam HR3 juga mgkin tak ramai yg tolong.

Jadi, sekarang kita lebih kepada TENTATIF jadual berikut:

8pg-8.20pg :       pendaftaran & ambil no bertuah

8.30-10.50pg:    masak.. semasak-masak nya.

11pg-12.30tgh:  Tahlil & Yassin

12.30tgh:             Makan & aktiviti bebas

1.30-2.30ptg:      Semua masuk Main Hall.

SESI PENGENALAN DIRI. Semua wajib bangun perkenal diri.

2-3ptg:                 SESI LUAHAN RASA, BRAINSTROMING, CADANGAN

untuk kemajuan KUMAS & Kulaan secara keseluruhan.

3.30ptg:                Sesi Bergambar

4ptg:                     Aktiviti bebas & bersurai….

( Tak payah la balik lg, kita sembang2 lagi…. kongsi idea.. apa2 la)

Apa2 pun, ini program untuk semua, untuk majoriti, jadi, kalau semua ok, kita proceed, kalau tak, kita ubah sikit here and there… tapi matlamat kita tetap sama, ingat 3 tahap KUMAS ( 1. Ukhwah  2. Kebajikan   3. Ekonomi). Jgn la lepas makan balik.. bukan senang nak jumpa semua ni…

ok, feedback……

Makan Tengahari Bersama MB. Perak

Acik tidak pernah pergi ke Muktamar Pas di Malaysia ni sebab selalunya ia diadakan di Kelantan/Terengganu. Jadi bila ia di adakan di Ipoh tu terbuka hati untuk pergi. Antara tujuannya ialah untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama semasa di ITM (tahun 79-82) dan di US (’85 …). Gerakan/kumpulan Islam di ITM masa tersebut di kenali MI ( Markas Islam ) pro Abim/Pas. Di US ianya adalah MISNA (Malaysian Islamic Society of North Amerika) pro PAS.

Berjumpa juga ramai rakan-rakan lama. Mereka agak terkejut kenapa Acik tidak pernah ke Muktamar dan baru sekarang muncul. Acik menyatakan, acik kerja sendiri dan berniaga, tidak bolih menonjolkan diri dalam kumpulan pembangkang. Tetapi mereka menyatakan kita sekarang bukan lagi pembangkang, tetapi adalah pemerentah di Kelantan, Kedah dan Perak.

Antara yang berjaya ialah Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Kawan semasa di ITM. Beliau kini adalah wakil rakyat di Terengganu, AJK Pas Pusat, Lujnah Antarabangsa. Kedua ialah Che Abdullah Mat Nawi ADUN Wakaf Baru, Kelantan. Kini beliau adalah Exco Pertanian negeri Kelantan. (rakan semasa di US).

Acik sempat makan tengahari semeja bersama MB Perak apabila di pelawa oleh Dr. Syed Azman dan Ust. Misbahul Munir. Ust. Misbah orang Bagan Datoh adalah Setiausaha Politik kepada MB. Beliau terkejut bagaimana Acik mengenali Dr. Syed Azman. Telah menyerahkan proposal pembangunan Bagan Datoh kepada MB.

Pada waktu malamnya MB. Perak menjemput lebih 1000 orang perwakilan makan malam di kediaman beliau.

Sempat juga bertemu dengan Ust. Hadi Awang. Dalam tahun ‘90 an, semasa Ust. Hadi datang ke US dalam program “Winter Gathering” , acik pernah membawa Ust. Hadi membeli komputer (laptop) di New York. Berjumpa juga dengan Ust. Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat yang pernah melarikan diri ke US semasa Operasi Lalang.

Ingin berjumpa dengan Hj. Subki Latif, penulis Harakah, sebab acik membawa beliau berjalan dan melawat pelajar-pelajar Malaysia semasa di US. Tetapi tak kesampaian, kerana beliau sibuk. Dalam tahun 1995 Hj. Subki Latif pernah datang ke Simpang 4, mengajak acik bekerja dengan Koperasi Kohilal, memasang/membuat komputer untuk di pasarkan kepada ahli Pas/Kohilal. Tetapi acik menolaknya dengan menyatakan banyak urusan dikampung yang perlu diselesaikan.

 

Fulus/sumbangan

Sebenarnya bab ini yang berat nak tulis,mengikut keputusan meeting Kulaan KUMAS puchong di RESTORAN REJAB,merumuskan perlunya ahli kumas yang bekerja pangkat cucu menyumbangkan RM20.Ini diambil
kira setelah kulaan KUMAS Puchong menelefon beberapa kulaan,mendapati mereka setuju sumbangkan RM20.Walaupun pada mulanya RM30,Majoriti Kulaan KUMAS berpendapat sumbangan ini adalah untuk membiayai perbelanjaan pada hari majlis kenduri arwah/tahlil/mesyuarat Tajaan KUMAS.Majoriti Kulaan KUMAS merumuskan Ahli kulaan KUMAS pangkat cucu patut mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan program KUMAS yang Pertama.Sekiranya ada cadangan atau bantahan berhubung perkara ini,sila beri komen.

Meeting di Restoran Rejab 11/8/08.Pukul 9.30malam

  1. Berlangsung meeting tergempar kulaan Puchong membincangkan program-program pada hariraya ke 4(cadangan).Yang hadir Alias,Ibrahim,Hatta dan Edy.
  2. Cadangan Edy-Pendaftaran(maklumat peribadi)
  3. Cadangan Hatta-Sessi pengenalan Ahli KUMAS
  4. Cadangan Ibrahim-Sessi cadangan Ajk/setiausaha/presiden.(Jawatankuasa Penaja)
  5. Cadangan Alias-Ucaptama oleh Penaung/pengerusi.
  6. Cadangan Ibrahim-Sessi memajukan diri.
  7. -Ulasan oleh Pengerusi.
  8. Cadangan Alias-Matlamat penubuhan dan halatuju oleh Penaung.(Ucapan)
  9. Cadangan Edy-Tempah Banner.
  10. Cabutan bertuah.
  11. Aktiviti bermula seawal 8 pagi hingga 4 petang.
  12. Cadangan 8-9.30—–memasak untuk jamuan tengahari.(kenduri arwah/Tahlil)
  13. 9.45-12.30 tengahari-Ucapan oleh penaung/Ucapan oleh Pengerusi.
  14. kemukan cadangan dan nama Jawatankuasa Penaja(Sukarela)kepada Penaung.
  15. Sessi kemukakan pendapat oleh ahli KUMAS
  16. Sembahyang Zohor berjemaah.
  17. 1.45-2.45- Tahlil kenduri arwah.
  18. - makan/sembang-sembang Kulaan.
  19. 3.30 ptg - majlis bersurai.
  20.                Untuk Pengetahuan semua Kulaan perkara ini adalah yang dibincangkan semasa meeting kelmarin.Urusetia akan berbincang dengan Penaung/Pengerusi/Ahli KUMAS Pangkat Pakcik/Makcik untuk menentukan Jadual sebenarnya.

Meeting & Mini Family Day: Hari Raya 4

Saya dah update beberapa kulaan tentang hal ini.
After several(many) round of discussion, we have arrived to that conclusion(HARI RAYA 4).
Sabtu dan Ahad lepas, selepas bjumpa dgn beberapa otai2 kulaan, ini plan kita:
Aktiviti:
Mesyuarat Tajaan KUMAS
Mini Family Day (makan2 sikit…++ aktiviti )
Venue:
Aras Bawah & Lobi, Wisma Che` Siah, Bandar Simpang 4, H. Melintang
Tarikh:
Hari Raya 4 ( bersamaan: Sabtu 4/Oct 2008)
Masa:
9pg ~ 3ptg
Tentatif & Pengìsian:
Akan diupdate dalam menu atas FOKUS: MAKAN & MEETING:HARI RAYA 
Kami perlukan input/cadangan/feedback anda semua.
IBR

“Itu hali Sadun punya anak sudah kalah, sekalang dia punya anak mau lawan lagi, sekalang itu olang sama Shell sudah goyang, dia bikin sana, kalau kalah pun dia sudah ada sana”

Masa nya akan tiba, apabila stesen minyak Shell tersebut akan dikembalikan kepada warisnya. Cina Atu Tebuk Bingkang, Batu 21, Jalan bagan Datoh, menyatakan kenapa Aharar, pengusaha minyak Shell di Spg. 4, yang ada ini, membuka cawangan stesen minyak Shell di Batu 7, lebih kurang 5 batu dari Spg. 4 pada tahun 1997. Mereka menunggu masa sahaja perentah mahkamah untuk diserahkan semula Shell Spg 4 kepada tuan punya asal.

Perjuangan untuk mendapatkan semula Shell tersebut bermula dari tahun 1995 sehingga kini masih tidak berjaya.

Insya Allah paling lewat pada penghujung tahun 2010 stesen minyak tersebut akan diserahkan semula kepada kita.

Berdoalah kita semua semuga Allah memperkenankan permohonan kita untuk menuntut semula hak kita yang jatuh ditangan orang lain.

Ini adalah perjuangan untuk mempertahankan maruah Kulaan Hj. Ahmad Sadun

Sila Update MAKLUMAT AHLI

Database ahli penting untuk kita saling berhubungan. Idea bernas dari kulaan kita nun jauh di Johor( Zamin). Rujuk SINI

….Rasanya utk permulaan, sebelum membuat aktiviti atau program… kena kukuhkan dulu cara perhubungan & memastikan semua maklumat sampai.

Sebabnya, mungkin ada diantara kita yg tak boleh hidup jika tak mengadap internet; namun sesetengahnya tidak begitu, sungguhpun ada kemudahan tersebut.

Rasanya majoriti yg tak selalu on-line adalah kaum hawa. Oleh yg sedemikian, satu data base ringkas adalah perlu…

Seperti dicadang beliau untuk kemudahan ramai, digalakkan update di menu MAKLUMAT AHLI. Ada baik d iguna FORMAT dicadang Azamin seperti dalam komen tersebut:

          Nama penuh: Mohd Adli Azamin Bin Abdul Malik
No phone : 019-775 0424/07-6633340
Add semasa: 1965, Jln Kemboja 36/16, Bandar Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor.
E-mail : kanodesignz@yahoo.com.my
Kedudukan : No 3 drpd 4 adik beradik.
Status : berkahwin; anak nak masuk 3.
Isteri/Suami : Rosnaini Bt Mohamad Salleh (Nani)
Status comm: selalu on-line

Cara update: masuk ke menu MAKLUMAT AHLI. Masukkan data ini melalui Comment menu sperti dibawah. Kemudian klik pada submit comment.

8.JPG

 Just sedikit panduan untuk ahli yang mungkin tak biasa berIT dan berblog.

 

IBR

 

Sumbangan idea dari ahli-ahli.

Assalamualaikum semua,memandangkan persatuan ini baru, saya mencadangkan kulaan semua menyumbangkan idea,agar dapat ditingkatkan lagi program-program berbentuk kekeluargaan.

Yas.