Category Archives for Kenduri

Kenduri Ain (Angah Alek)

Salam Kulaan.

Jemputan Walimatul Urus kepada KULAAN (anak/ cucu/ cicit/ sedara) KUMAS. Jom kita. Datang tu ringan tulang la sekali ye. Ubah sikit. Anjak paradigma tu. Mari turun ramai-ramai.

SABTU 6 JUN: RUMAH ANGAH ALEK TAIPING.

Kalau tak nampak scan jemputan, klik sini: KAD BESAR, KAD BESAR2 

 PERTUBUHAN KULAAN HJ AHMAD SAADUN

Sign Up Advertlets

Pakaian majlis Raya ke 4

1.jpgMengikut cadangan bendahari KUMAS iaitu Puan Asmah mahu kulaan lelaki memakai baju melayu bersongkok sementara kulaan wanita memakai baju kurung/kebaya berkaitan dengan hariraya.Harap kulaan semua dapat mengikut cadangan ini. hamper-kumas-2008.jpgPada masa tu juga pihak urusetia kumas telah menyediakan HAMPER untuk kulaan yang bertuah.Diharapkan majlis ini menjadi tapak untuk KUMAS lebih kukuh.

Majlis HariRaya 4: Cadangan Perubahan

Salam Kulaan sabaratan,

Minggu lepas saya balik ke kampung di Simpang 4, Hutan Melintang. Ye la, nak bersahur dan berbuka bersama keluarga.  Sempat juga menjenguk dan berbuncang dgn Angah2 di sekitar Spg4/Spg3/Selekoh.

Dari tinjauan saya, rata2 menyokong aktiviti pertama KUMAS ni… namun berbalik pada soal JADUAL aktiviti. Pada update saya di SINI dan SANA, jadual bermula pada ~9pagi, dan berakhir pada ~3ptg, dan masak pada Hari Raya 3 Malam.

Kalau ikut maklum balas mereka, cadangan ialah:

-masak pada pagi 8~10.3opg

-Tahlil & Yasin: 11pg

- Aktiviti seterusnya: lepas makan( lepas Tahlil la..)

Ada pro dan kon di sini:

- Dikatakan, mungkin sebilangan kulaan akan balik selepas makan, yg mana akan menjejaskan keterlibatan mereka dalam aktiviti seterusnya seperti SESI BRAINSTROMING & LUAHAN RASA/CADANGAN, dan , SESI BERGAMBAR,  dll.

Mungkin kemeriahan akan berkurang, atau mungkin tidak… sekadar pandang beberapa pihak

- dikatakan juga, jika kita mengikut jadual asal, yakni, masak pada HR3 Malam, dan aktiviti start pada pagi  HR4( lebuh kurang pukul 8.30pg), mgkin kulaan yg jauh tak sempat sampai..   maklum la dgn kerenah anak dan makbapak anak..   dan juga masak di malam HR3 juga mgkin tak ramai yg tolong.

Jadi, sekarang kita lebih kepada TENTATIF jadual berikut:

8pg-8.20pg :       pendaftaran & ambil no bertuah

8.30-10.50pg:    masak.. semasak-masak nya.

11pg-12.30tgh:  Tahlil & Yassin

12.30tgh:             Makan & aktiviti bebas

1.30-2.30ptg:      Semua masuk Main Hall.

SESI PENGENALAN DIRI. Semua wajib bangun perkenal diri.

2-3ptg:                 SESI LUAHAN RASA, BRAINSTROMING, CADANGAN

untuk kemajuan KUMAS & Kulaan secara keseluruhan.

3.30ptg:                Sesi Bergambar

4ptg:                     Aktiviti bebas & bersurai….

( Tak payah la balik lg, kita sembang2 lagi…. kongsi idea.. apa2 la)

Apa2 pun, ini program untuk semua, untuk majoriti, jadi, kalau semua ok, kita proceed, kalau tak, kita ubah sikit here and there… tapi matlamat kita tetap sama, ingat 3 tahap KUMAS ( 1. Ukhwah  2. Kebajikan   3. Ekonomi). Jgn la lepas makan balik.. bukan senang nak jumpa semua ni…

ok, feedback……

MEETING: 24Ogos Cyberjaya

Laporan Meeting
Hadir: Acik Ajis, Alias, Ibrahim, Azam, Hatta
Tempat: Café Sek Sri Putri, Cyberjaya
Masa: 12.40 – 3pm
1. Untuk hari aktiviti HR4, keperluan makanan, setelah mengambil kira
    pendapat ramai(otai dan kulaan), urusetia memutuskan untuk
   MASAK SENDIRI.
     1.1 Disebabkan tidak mahu menganggu kelancaran aktiviti pada
           Hari Raya4(HR4) pagi, urusetia memutuskan masak pada
           Hari Raya 3(HR3) malam.
    1.2 Perlu sekurang2 nya 15orang pada malam HR3, untuk
          membantu masak, Kena pulun semua yang berdekatan
          untuk datang tolong.
    1.3 Malam HR3 itu juga blh discuss lagi untuk fine-tune
        aktiviti esoknya.
2.   Para KULAAN juga sangat digalakkan MEMBAWA sendiri
      MAKANAN tambahan seperti SOTO, KEREPEK, KUIH,
     dan apa saja yg boleh mengisi perut.
3.  Pinggan mangkuk akan disediakan Che Siah dan dibantu
     sedikit pinggan mangkuk KULAAN berdekatan.
4.  Keperluan majlis lain :
       - PA System: Acik Ajis/Azam, akan cari dari
         kawan2 Spg4. (budget rm50~100). Kalau tak,
         pakai HiFi Edi.
      - Kerusi Meja: Che Asmah, akan booking kerusi meja
        dari Cikgu Halim (budget rm100)
     - Aiskrim: Utk budak2, perlu Apis/Edi booking
        (mcm kenduri dia dulu la.. (budget rm100)
5.  Doa Tahlil: Angah Alek akan mengetuai, tapi kalau ada problem,
      Hj Dolah akan dijemput.
6.  Alias akan usahakan Suhaimi atau Che Siah, untuk bawa projector
     (utk paparan)
7.  SESIAPA SAHAJ YANG ADA GAMBAR ATUK, SILA
  EMEL KE urusetia.kumas@gmail.com
8. Barisan AJK Penaja akan ditentukan Penaung, Penasihat dan
   Komiti. Tiada pemilohan kali ini, pemilihan akan hanya pada
   perjumpaan akan datang.
9. Booklet/Brosur ringkas penerangan KUMAS disediakan Alias
    utk kira 90unit.
10. Tentatif Progam HR4:
          8.00pg: Pendaftaran. Isi borang ringkas dan ambil NO BERTUAH.
          8.30pg: Mula. Hadirin masuk dewan utama.
          8.35pg: Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis (MC).
                        Cadangan MC ialah Rusdi.
         8.40pg: Bacaan Doa. Cadangan ialah Angah Alek
                       /Pakcik Ibrahim(Spg3)
         8.45pg: Ucapan Penaung: Angah Alek.
        8.55pg: Ucapan Pengerusi: Acik Ajis
        9.10pg: SESI PENGENALAN DIRI. Semua hadirin
                      memperkenal diri dan beri info asas spt nama, kerja,
                      tinggal mana, dsb. Jangkaan 1org 2minit.
      10.10pg: Ucapan Urusetia Penaja:
                            - Ucapan Presiden: Alias
                            - Ucapan Timb Presiden
                            - Ucapan S/Usaha.
      10.40pg:  Pengerusi Majlis (MC)utk sesi ini diambil alih Angah Bahak
                       Sesi Soal Jawab, Brainstorming, Luahan Rasa:
                       Sesiapa saja akan diberi peluang bersuara/bertanya
                       /memberi pendapat,dan sesiapa jua boleh menjawab 
                      dan berdiskusi BEBAS.
      12.40tgh: Penggulungan/Ulasan oleh Urusetia/Pengerusi.
      1.00tgh: Tahlil
     1.30tgh: Makan.
     2.00ptg: Cabutan Bertuah.Hadiah Hamper
     2.10ptg: Sesi Salam-salaman.
     2.30ptg: Sesi Fotografi. Semua masuk Gambar.
     2.45ptg: Aktiviti Bebas

Fulus/sumbangan

Sebenarnya bab ini yang berat nak tulis,mengikut keputusan meeting Kulaan KUMAS puchong di RESTORAN REJAB,merumuskan perlunya ahli kumas yang bekerja pangkat cucu menyumbangkan RM20.Ini diambil
kira setelah kulaan KUMAS Puchong menelefon beberapa kulaan,mendapati mereka setuju sumbangkan RM20.Walaupun pada mulanya RM30,Majoriti Kulaan KUMAS berpendapat sumbangan ini adalah untuk membiayai perbelanjaan pada hari majlis kenduri arwah/tahlil/mesyuarat Tajaan KUMAS.Majoriti Kulaan KUMAS merumuskan Ahli kulaan KUMAS pangkat cucu patut mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan program KUMAS yang Pertama.Sekiranya ada cadangan atau bantahan berhubung perkara ini,sila beri komen.

Meeting & Mini Family Day: Hari Raya 4

Saya dah update beberapa kulaan tentang hal ini.
After several(many) round of discussion, we have arrived to that conclusion(HARI RAYA 4).
Sabtu dan Ahad lepas, selepas bjumpa dgn beberapa otai2 kulaan, ini plan kita:
Aktiviti:
Mesyuarat Tajaan KUMAS
Mini Family Day (makan2 sikit…++ aktiviti )
Venue:
Aras Bawah & Lobi, Wisma Che` Siah, Bandar Simpang 4, H. Melintang
Tarikh:
Hari Raya 4 ( bersamaan: Sabtu 4/Oct 2008)
Masa:
9pg ~ 3ptg
Tentatif & Pengìsian:
Akan diupdate dalam menu atas FOKUS: MAKAN & MEETING:HARI RAYA 
Kami perlukan input/cadangan/feedback anda semua.
IBR

Hari Raya ke-4: Cadangan Majlis Perjumpaan Kumas

Isnin lepas kami ada berbincang tentang perlunya ada Majlis untuk perjumpaan dan penerangan tentang agenda dan matlamat KUMAS. We are narrowing down to 2 possible date: either during Aidilfitri holiday or Aidiladha holiday.

Sebenarnya lagi elok kalau ada sedara mara yg kenduri kahwin, lagi senang kita menempelkan majlis ni.

Terbaru, Angah Alek mencadangkan Hari Raya ke-4. Pada saya mungkin boleh diadakan kenduri arwah ke, yg mana, kebanyakan kulaan akan turun.

Apapun, tempat dicådang sekitar Spg3/Spg4 dan sekitarnya.

IBR

Kenduri Edi sebagai tapak pukul canang..

 Kenduri Edi.. walaupun dulu2 masa planning kata lepas Nov, tapi dah selesai pun.

1.JPG

Yang bagusnya kenduri ni, hampir semua sedara datang. Yang paling lama aku tak jumpa, Alan (Azlan) pun datang, bagus la tu. Cuma ada la yang tak datang ( tak nak komen.. bahaya)

Secara kasarnya sebilangan kulaan taraf CUCU SAADUN, sudah diberitahu. Alias memang pandai mengayat.

Calon Presiden & Timbalannya

Sesuai la dgn kerjayanya. Sebilangan setuju dan siap bagi cadanagn yang bernas lagi, tapi ada juga yang sangsi. Mungkin dia ingat kita HHCS, oleh itu kena buktikan.
4.JPG
Perancangan kita, kulaan pangkat CUCU sebagai ahli dan beneficiary. Untuk mengukuhkan persatuan, kena ambil kulaan taraf atuk sebagai penaung. Perlu penaung ini untuk tujuan nasihat dan tunjuk ajar. Ada nama diunjurkan, tapi nanti lah dulu, kalau confirm baru kita umumkan.

IBR