Category Archives for Bina Diri

Kerja berhasil, kerja tanpa hasil

Kerja berhasil, kerja(usaha) yang mendatangkan untung dan berbaloi. Kerja tanpa hasil, kerja yang takde hasil ataupun ada hasil tapi ciput, penat je lebih.  Ramai kulaan kit aada byk usaha kerja, kita boleh tgk kita blh rasa. Boleh tengok jatuh naik, boleh rasa masyuk atau perit.

Aku tulis macam ni, pasal sekarang ramai kita buat part time, side income, small biz, real estate dan banyak lagi. Bagus, usaha tangga kejayaan. No Pain No Gain. Man Jadda Wa Jada (siapa berusaha dia berjaya).

Satu aspek yang kita kena nilai ialah nilai penat lelah kita. Ada yang sangup bersusah usaha, tapi margin usaha kecil, tak besar, wlaau pun kita perasan besar. Kita bisnes nak untung bukan nak rugi.

Saya tak bercadang memuat apa-apa tanggapan, tapi, mengajak semua berfikir akan kerja berhasil, dan kerja tanpa hasil.

Sign Up Advertlets

Big Deal, Small Deal

Pepatah Melayu ada menyebut:

Ukur baju di badan sendiri

Dan pepatah ini ada diterjemahkan dalam permainan Cashflow 101 apabila anda diajar mengenai konsep Big Deal & Small Deal.

Konsep ini amat baik kerana ia memecahkan persepsi anda mengenai “Nak berniaga mesti ada kedai” dan “Mahu berniaga mesti ada modal besar.”

Apa itu Small Deal?

Small Deal adalah urusan jual beli yang tidak melibatkan modal yang besar. Umpamanya membeli kaunter saham yang memerlukan modal dari RM 1000 – 5000. Pelaburan hartanah untuk rumah yang berharga kurang dari RM 100 000 – RM 150 000. Perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan dari rumah.

Konsep nya adalah, “Mulakan dengan apa yang anda ada.”

Apa itu Big Deal?

Ia adalah pelaburan yang sama tapi dengan taraf kemahiran dan modal yang lebih tinggi. Kalau anda sudah biasa membeli saham-saham dengan modal di bawah RM 5000 dan membuat untung, maka sudah tiba masanya anda membeli saham-saham dengan modal RM 50 000 dan ke atas pula.

Kesilapan biasa pada pemikiran kita

Ramai daripada anda menjadi payah dan liat untuk berniaga atau melabur apabila mereka memandang pada sudut big deal sahaja. Anda sering berfikir untuk mahu mula berniaga itu mesti mempunyai kedai, pejabat dan pekerja.

Pada peringkat awal, ia tidak perlu begitu. Cari peluang perniagaan dan peluang pelaburan yang sesuai dengan kemahiran dan modal yang anda ada. Dan permainan Cashflow 101 ini boleh mengajar anda untuk start small dan belajar melihat peluang (opportunity) perniagaan dan pelaburan yang ada.

Apabila anda sudah berjaya dengan small deal, maka sudah tiba masanya anda melangkah ke big deal. Perniagaan dan pelaburan yang maju setapak lagi.

Tetapi ingat, small deal & big deal baru 2 peringkat yang pertama dan ia masih belum melayakkan anda untuk ke peringkat fast track.

*Artikel dipetik dari www.pakdi.my

Aset Tanpa Hasil: Tanah / Harta Pusaka

Kulaan Sabarataan,

Aset tanpa hasil. Aset kurang hasil. Aset yang memeningkan kepala. Harta dan tanah pusaka. Biasa dengar, biasa bincang tapi tak biasa beruntung. Adakah ini benar untuk tajuk diatas. Jawapannya YA dan TIDAK. Hampir setiap kali kita berkumpul, perkara inilah kita bincangkan. Tak habis-habis, dan tak insaf-insaf.  Adakah setiap kali kita berbincang mengenainya, kita menggunakan akal yang waras, atau hanya mengguna hati perasaan yang tak puas-puas. Kita iri hati akan kepada si Anu yang mendapat bahagian yang lebih.

Pusaka ini adalah amanah dari tuhan. Amanah yang mana kita sepatutnya memperkembangkan harta ini, meluaskan jaringan ekonomi dan membantu meningkatkan keadaan ekonomi sesama kita.

Underperforming asset. Contoh biasa yang kita pernah dengar. Azroy(contoh je) menerima pusaka tanah yang terkandung ( (a)1 keping tanah kg 2 ekar, dan (b)1 keping tanah tepi jalan 0.5 ekar). Katakan (A) mempunyai value RM30,000 dan (B) value RM40,000. Biasa kita dengar tanah A akan diberi pajak. Janji-janji manis, si-pemajak, ” oh dalam setahun blh dapat rm1ribu lebih ni, bersih”. Terasa macam indah dan bagus. Praktikalnya anda pun tahu, terkadang kita lagi yang terhutang dengan dia. Mari kita banding nilai RM40,000 dilabur ke ASB atau Tabung Haji. ASB dapat laba RM 3600 setahun, Tabung Haji RM2000 setahun. Terkadang kita biasa menerima hasil bersih( tolak kos, upah, dan pembahagian untung dll) yang kadang kala tak masuk akal rendahnya. Mungkin setiap tiga bulan kita dapat RM240 untuk tanah kita itu, selepas ditolak segala macam kos dan upah si pemajak tanah. Jika ini diketahui oleh tok moyang kita yang bersusah payah berusaha, tentu mereka bersedih, sangat sedih.

Saudaraku, kita mesti cari jalan, cari peluang, tekad usaha. Bukan mencari alasan. Ingat ini aset kita. Kita berhak dan wajib mengusahakan supaya kita beruntung, bukan merempat.

Sebagai contoh, saya minta maaf dulu jika bersifat menyibuk hal orang. Hartanah tepi jalan di tepi jalan besar utama Simpang Empat. (Ha ha, dah ada yang tau). Saya tahu, saudara tahu, rasa-rasa dah hampir 10 tahun kosong. Tak berpenghuni, dan yang penting, tak berhasil. Tak masyuk, budak-budak sekararang kata. Jom kita kira, untung yang kita melepas. Katakan hartanah itu boleh disewa purata RM 600/bulan. Untung yang melepas 10 tahun, ” 600/bulan x 12 x 10 tahun =   RM 72,000″. Wow, adakah mereka sedar akan kehilangan wang sebanyak RM 72,000 !!! Ya, anda ada alasan, tapi mari kita mencari dan mencipta peluang, membuka dan mengembang muamalat untuk manfaat diri dan keluarga.

Elok saya berhenti disini sebelum banyak lagi kes ditimbulkan.  Ada banyak lagi aset mati, aset tak berhasil, tapi tiap-tiap tahun kena bayar cukai hasil. Slot yang akan datang akan dibincang apa boleh dibuat dengan aset-aset ini.

Attitude, not paper cert, folks!

Salam Kulaan,

This title speaks for itself. Ask for elders nowadays, what makes a successful person, of course you will get the same answer, the attitude. We need correct attitude, we need correct people with great attitude.

Folks, attitude is not born with you( maybe for someone else is yes), it is been nurtured throughout your whole life especially during your super-happy child days. Is it true, or at least somebody with PhD, Dr, Prof said that to us, hence we mereley accept it. This is typical us MALAY( or Banjar).

Whatever is said, whoever expressed it, do we really care ? They just been paid to talk positive thing to us. They just do their job, dude.

Come back to our main focus. Nowadays, we are chasing things. Money, knowledge, girls( or guys), freedom etc. But, I am happy to admit until today, without being the other person, but being the hoenst me,  I amjust chasing money.  Yeah, somebody somewhere screaming to the world, they love their day job, they are the most responsible parent, they are….    The list goes on and on. STUPID. Are we going to believe that. We are not child anymore.

Paper certs. Wonderful subject. Wonderful memory. In the pursue of paper certs, someone said, “Go study hard, get good grade and earns job with big company”( or I just rephrasing some Kiyosaki book). Folks, I guarantee 99% of you out there, heard this, many times. Please dont go mad with you parents. They are just average Malaysians. For me, no one in our big family stands out. Yes, you heard me. I mean it. Including me, I am just average( in my own standards, below average).  You name it, we strive for UPSR, we challenged for PMR/LCE, we studied for Deg/Dip, and then work(been employed). The script is there. What a predictable life. That’s why we been cornered by Chinese here, in business, in life afterwards. We are so predictable.

I said earlier never blame our parents. Our parents are been made to understood that by urging their kids to follow the same script, they have perform their duty in the best manner. Now, point your fingers towards you. Yes, I mean you yourself. You are responsible for what you are today. What you do in yesteryears, manifests afterwards, I means NOW.

Attitude, is the single largest reasons why people( I means great peolple) succeed. Proper attitude makes proper action. Proper action makes continous improvement in one’s life. Some people says it BS, the said some people succeeds due to connection and their “know-who” ability. Ha ha, if we are still thinking that way, we are BS, we are nonsense, and we just undervalues our god given things between our ears.

I could continus ramble and mambles, but for what price. Just some “dose” to our own thinking.

Pelaburan Hartanah : Oh, ruginya

“Mengapalah dulu aku tidak beli rumah/tanah dikawasan itu dahulu, sekarang nilainya sudah berganda!”

 

Pernyataan diatas didengari telinga saya sendiri. Seperti mana kata bapa saya, golongan orang sebegini sebenarnya tahu pelaburan hartanah memberikan pulangan lumayan tetapi mereka tidak sanggup menunggu waktunya!

 

Mereka pun bukanlah terlalu jahil tentang pelaburan hartanah (setidak-tidaknya mereka tahu dan mereka pernah lihat orang kaya melalui pelaburan hartanah) tetapi pada waktu mereka mampu untuk melabur, mereka lebih tergoda dengan perkara lain yang hanya memberi nikmat sementara dan berkurang nilainya.

 

Salah satu yang paling utama adalah KERETA. Tidak percaya?

 

Anda lihatlah kes-kes dalam persekitaran hidup anda. Sebagai contoh mungkin keluarga terdekat anda. Apabila diberitakan gajinya meningkat, pernahkah anda mendengar mereka berkata begini….

 

“Tercapai jua hasrat untuk membeli rumah dengan kenaikan gaji ni, dapatlah sewakannya kelak”

 

“Yahooo, esok juga aku akan pergi bank buat loan membeli rumah. Bertambah satu lagi pelaburan aku”

 

(Lupakan seketika kemungkinan mereka ini membuat pelaburan yang salah spt membeli rumah lelong berhantu atau membeli tanah bersebelahan Taman Negara )

 

Pernahkah anda mendengar situasi begitu, jika ianya berlaku dalam keluarga anda, saya ucapkan tahniah!

 

Akan tetapi, dalam masyarakat kita, berapa kerat sangatkah yang sedar untuk membuat pelaburan sebegitu? Anda akan biasanya mendengar dialog seperti ini ketika mereka mendapat tahu kenaikan gaji atau baru mendapat pekerjaan….

 

“Yang, yang, abang ingat abang nak tuka kereta la. Jiran sebelah rumah kita pun dah melaram dengan kereta baru, takkan kita nak kalah”

 

“Woi, mari sini jap, cuba kau tengok ni Suzuki Swift, cun siot. Aku ingat Petronas panggil kerja lepas ni, aku nak angkat Swift satu!”

 

Untuk berlaku jujur, saya sendiri mengaku sentiasa terpegun dengan model-model kereta baru. Sungguh menawan hati dan kalbu. Tetapi, apabila saya berfikir balik apa yang bapa saya katakan, ada betulnya juga.

 

Tahun lepas bapa saya membeli sebuah SUV baru, dan hati saya melonjak “Bolehlah aku try bawak pergi town. Aweks, aweks mesti tengok pemandu dan keretanya!”

 

(Sebenarnya, SUV itulah kereta baru kegunaanya selepas memandu sebuah kereta sedan lama berusia lebih 13 tahun).

 

Itupun bapa saya beritahu, “Sebab banyak pergi tengok tanah dekat macam-macam lokasilah abah angkat SUV, senang untuk meredah kawasan paya ke. Kalau tidak, lebih baik buat beli satu lagi tanah. Kereta ni tiada nilai apa pun sangat”

 

Mulanya saya kurang bersetuju dengan pendapat itu (walaupun saya membaca banyak buku yang menyebut perkara sama tentang melabur untuk kereta). Tetapi sejak saya memandu SUV tersebut, lama kelamaan timbullah rasa bahawa ada SUV yang lebih baik daripada yang itu.

 

Apabila melihat model-model yang terbaru lagi, saya sudah kurang ghairah untuk memandunya seperti ghairah kali pertama memegang sterengnya.

 

Dan daripada situ, saya berfikir, ada benarnya kata bapa saya.

 

Selepas dua, tiga tahun, kereta itu akan menjadi sebuah model yang OUT of DATE. Awek-awek sudah tentu tidak akan memandang sama seperti awal kemunculan model kereta itu kerana sudah ada model-model terkini yang mengambil alih kedudukannya.

 

Sama hal jugalah dengan orang yang selalu terlepas untuk melabur dalam hartanah. Apabila ada bonus tahunan yang lebih atau dinaikkan pangkat, melabur bukanlah dalam senarai pertama mereka.

 

Memang pelaburan hartanah tidak selalunya menjanjikan pulangan yang singkat (mungkin mengambil 2,3 tahun atau lebih) dan disebabkan itulah, ramai yang tidak terlalu berminat dengan hartanah.

 

Hinggalah pada satu ketika (lebih kurang 5,6 tahun kemudian), mereka mendapat tahu rakan mereka yang membeli hartanah di sesebuah kawasan sekarang ini memegang sebuah aset yang telah bertambah nilainya berganda-ganda.

 

Waktu itu, tepuklah dahi dan merungut.

 

(Mesej penting: Untuk anda yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta, tanya kembali, adakah anda mempunyai hatta satu pelaburan hartanah? Jika tidak, tidak salah anda sekarang berada pada situasi diatas. Sekarang masa untuk anda berfikir kembali) dari: saifulsham.com

Berita Baik Dari JuruJual Sebenarnya Buruk

Apabila kita didatangi ataupun dihubungi oleh seorang Jurujual yang katanya ada membawa berita baik untuk kita. Dengar dahulu dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan berita baik itu dan jika tidak memahaminya dapatkan jurujual itu menjelaskan dengan lebih lanjut. Jika produk ataupun servis yang ingin dijualkannya itu kita tidak memerlukan sebelum kita bertemu jurujual itu, sudah pasti kita juga masih tidak memerlukan produk ataupun servis berkenaan walaupun jurujual itu datang dengan berita baik.

Ada yang menghubungi kita bagi menambah pakej yang telah kita sertai sebelum ini, dengan harga bayaran yang jauh lebih baik jika kita pergi mendapatkan diluar. Mereka akan berkata, anda diantara pelanggan ‘@#$%” yang bertuah dan terpilih bagi mendapatkan penjimatan yang berganda dengan tawaran pakej tambahan ini.

Ucapkan terima kasih kepada mereka. Apabila kita bersetuju kita telah membeli sesuatu yang kita tidak perlu dan ini akan menambahkan lagi koleksi produk ataupun servis yang membazir yang ditangung pada setiap bulan.

Pelbagai kata-kata yang menyedapkan akan diluahkan bagi menyakini apa yang mereka kata. Kebanyakan jurujual yang ada di luar sana, mempromosikan produk yang sah, tetapi ianya bukan pilihan terbaik untuk kita.

Banyak jurujual ataupun telemarketing yang menghubungi kita bagi menawarkan pakej Insurans bagi yang memiliki kad kredit, pakej perlancongan, Kad Melancong yang berpakej.

Antara kata-kata yang mereka ucapkan adalah ” Tuan perlu buat keputusan sekarang, pakej ini tidak lagi dapat dinikmati selepas ini”. Ini bagi memastikan kita membuat keputusan terburu-buru sebelum dapat memikirkan secara rasionalnya, sama ada kita perlu ataupun tidak produk tersebut.
shamsuddinkadir.com

Penubuhan Koperasi

Salam Kulaan,

Sekian lama tak bersurah. Yelah, masing2 sibuk( kononnya), saya masih yakin pada, jika kita punyai plan yang betul dan teliti, tiada masa yang terlalu sibuk dan sesungguhnya 24jam/365 hari setahun itu cukup anugerah tuhan untuk kita melakukan segala2 nya yang kita mahukan.

Berfalsafah pulak. Ada kulaan kita yang berkunjung ke Bagan Datoh/Spg4/Tlk Intan, dalam  dua tiga hari ini. Ada sedikit perbincangan dan luahan idea untuk kita, untuk KUMAS, untuik semua.  Melihatkan kememampuan mengumpul  sejumlah besar kuaan cucu-cicit Hj Ahmad Saadun pada HariRaya lepas menunjukkan kita boleh. BOLEH sebenarnya, cuma tak diasah , tak digilap. Kita masih malu2 dan merendah diri yang bukan2. Apalah.. ( saya juga..).

Berbalik pada tajuk asal, PENUBUHAN KOPERASI( SYARIKAT KELUARGA ). Topik besar untuk minda besar. Betul kah ini benda besar, atau benda simple yang saja diperbesarkan, dan dipersusahkan oleh minda kita yang selama ini tertutup dan berhati kecil dan masih di takuk lama.

Idea awal. Dalam Februari ‘09, kita akan buat meeting awal untuk tujuan ini. Bertempat di Simpang 4( atau kawasan sekitar). Permulaan kita perlu ~10 orang. Yelah, jawatankuasa penaja. Banyak plan. Banyak idea. Plan tinggal plan, dan idea tinggal semata2 idea, jika semuanya kurang rajin dan berhati kecil.

Otai2 kita ada bermain2 dengan idea syrikat keluarga , dan koperasi. Pada saya itu hanya/baru bentuk(form). Pengisian( substance) yang penting, usaha berterusan yang penting.

Ayat pendinding dimasa tidur.

Siapa-siapa membaca Al Fatihah sekali,

tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur,

kemudian ia membaca Qul-hu-allah-u-ahad 3kali,

Qul-a’u-zu-bi-rab-bil-falaq sekali dan

Qul-a’-u-zu-bi-rab-bin-nas sekali.

Terselamat ia dari segala kejahatan dan

mudharat,serta menjadi pendinding dari hantu

syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk

dalam masa ia tidur.

Layari internet boleh menyihatkan minda dan badan.

Malam tadi bro mengikuti rancangan blog RTM saluran 1,Bro tertarik dengan kata-kata dari tetamu blog Pak Idris(Idris.blogspot.com)mengatakan jika kita melayari internet boleh membuatkan kita sihat minda dan badan.Sebelum ini bro pernah baca mengenai fakta ini dalam buku motivasi dan kesihatan.

Bro bersetuju dengan fakta ini sebab sejak bro aktif menulis dalam blog dan melayari internet,bro rasa macam muda dan sihat(bro ni perasan je kan),padahal bro dah masuk 38 tahun,cuma kat sini bro nak kulaan-kulaan KUMAS yang pangkat makcik,pakcik selalu layari internet dan sumbangkan idea-idea untuk memantapkan dan menyokong kumas,bro rasa kulaan-kulaan KUMAS pangkat cucu boleh mengajar emak dan ayah mereka untuk layari internet,lagipun menyihatkan minda dan badan.Kalau kulaan-kulaan KUMAS ada fakta lain yang membina bolehlah masukkan cerita dalam blog ini.

Melayu: SN Usman Awang

MELAYU
 
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
 
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
 
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
 
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
 
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
 
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
 
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
 
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
 
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
 
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
 
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
     “Dagang lalu nasi ditanakkan
      Suami pulang lapar tak makan
      Kera di hutan disusu-susukan
      Anak di pangkuan mati kebuluran”
 
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
 
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
 
Sasterawan Negara Usman Awang
26 NOVEMBER 1999

 

.. Puisi indah ini cukup untuk menggambarkan keadaan Melayu yg sebenar.. oleh itu, marilah kita yg mana bergelar “Melayu” itu, mempertahankan maruah Melayu dgn mempertahankan Aqidah ISLAM daripada dihina, dicerca dan diperlekehkan. Janganlah kita takut untuk memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara kita ini..  
*artikel diatas dicilok dari SINI
 

“Handap Galah Hingkat dihubung, Handap Pikiran Kada Hingkat dihubung” ujar kawitan

“Pendeknya galah (buluh) boleh disambung, pendeknya fikiran (akal) tak dapat disambung”: kata (pesanan)  orang tua (ibu/bapa).

Arwah atuk anda selalu mengingatkan anak cucu nya agar berfikir panjang dahulu sebelum membuat/mengambil sesuatu tindakan/keputusan. Kenapa ?

Manusia mempunyai berbagai bentuk ragam. Sikap/perangai seseorang bebeza-beza antara satu sama lain. Antara sikap yang tidak baik ialah seperti pemarah, cepat naik angin, tiada sifat tolak ansur, tidak mahu berunding, tidak mahu mendengar/menerima pendapat orang lain, mengamuk, dan lain-lain lagi.

Orang Banjar selain dari terkenal ramainya  yang alim-ulama, terkenal juga ada mempunyai antara sifat-sifat yang kurang baik diatas. Arwah Hj. Ahmad Sadun digeruni oleh pihak musuh dan juga kawan. Beliau agak garang dan amat “strict” terhadap anak cucu nya.Tiada siapa anak cucunya yang berani apabila ditegur oleh beliau jika melakukan kesilapan atau perkara yang tidak baik. Sikap ini juga menurun kepada anak-cucu beliau.

Tetapi beliau amat baik dan menghormati customer dalam urusan bisness seharian. Ramai customer beliau yang rajin singgah di stesen Shell untuk berbual/bersembang-sembang. Acik ada mendengar cerita bahawa ada anak-anak nya yang menjaga Shell setelah beliau meninggal yang memarahi pelangan apabila sesuatu yang masalah/perkara timbul atau apabila customer melakukan kesilapan. Adakah ini salah satu sebab kenapa Shell jatoh ?

Arwah telah lama menyedari perumpamaan ” A customer is always right” dari dahulu lagi. Beliau amat menghormati dan melayan baik kepada para pelangan, walaupun terpaksa menghadapi berbagai karenah pelangan.

Jadi kita patut menjadikan pesanan arwah sebagai satu teladan dalam urusan harian. Jangan cepat mengambil tindakan yang terburu-buru. Fikir dahulu sebelum kita membuat sesuatu keputusan.

Wallahualam..

Blog baru untuk RELAX, HOBI, MASAK, KERETA/MOTOR

Salam Kulaan sabaratan,
Ada Kulaan kita yang menganggap blog ini terlalu BERAT untuk dicerna.  Ye lah, bukan semua orang boleh cerita tinggi2, hebat2, idelistik sangat. Actually, semua benda kat dunia ni kena balance, ada rendah ada tinggi, ada berat dan ada simple.
13071613.jpg
Dah ada komen pun sebelum ini dalam posting yg lepas2(refer SINI).  Macam ada, dZ dan Acik Ajis ckp, mungkin kaum Hawa lebih berminat jika content blog lebih ringan  dan merakyat…
dscn7397.jpg  banquer1.jpg
Kita nak launch satu blog baru. Jadi sbg cadangan:          **Konsep:   Relaks & Santai.   **Content:  hobi, masakan, kereta/motor, petua, pengalaman, tempat best melancong,  apa2 je la…
 petuaneneku.jpg  dinner.jpg 
 Kita perlukan cadangan anda semua untuk:   *tajuk blog tu,  *design apa,  *nak guna server mana, *apa-apa je…                                       
Ok… we are waiting for comment/suggestion…..
 

Kenapa Tidak Ramai Orang Banjar Yang Menjadi Pemimpin.

Ramai Ulama’ di Nusantara ini terdiri dari keturunan  Banjar. Antaranya Syeikh Hj. Arshad Albanjari yang antaranya menulis kitab Perukunan. Mufti Perak, Dato Seri Hj. Harussani, Bekas Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom, Program TV Muqaddam dan Hakim Tilawah Quran Dato’ Hj. Hassan Azhari, dan ramai lagi.

Kesultanan Kedah adalah dari keturunan Aceh. Sultan Selangor adalah berketurunan Bugis. Negeri Sembilan adalah Minangkabau.

Orang Banjar dikenali dengan Banjar Wanik (Banjar Berani). Banjar Sg. Manik terkenal kerana keberaniannya. Di zaman bahari (dahulu) setiap orang Banjar akan menyimpan pisau belati didalam poket seluar apabila keluar berjalan. Apabila ditanya kenapa mereka membawa pisau, mereka menyatakan, jika sesuatu berlaku, kawan boleh lari menghilangkan diri, tetapi rakan yang setia adalah pisau ditangan.

Soalannya jika orang Banjar itu benar-benar wanik (berani), hero, taiko, dsbnya, manakah kerajaan atau pemerentahan negeri/jajahan/taalok Banjar di Malaysia ini?