Arwah Hj. Ahmad Sadun & Hj. Othman

Gambar arwah (abah) Hj. Ahmad Sadun bersama arwah abang Man (Hj. Othman) semasa menjalankan perniagaan di stesyen minyak Shell Simpang 4, Hutan Melintang, dalam tahun 70′an.

Terdapatnya sempoa diatas meja,  mereka mahir menggunakan sempoa untuk mengira dengan cepat kerana calculator tidak terdapat pada masa tersebut. Sehingga kini orang-orang Cina yang mengenali arwah Hj. Sadun akan berkata ” Waa itu Haji banyak pandai pakai itu sempoa tarak payah tengok punya laaa.”

Terdapat 2 orang cucu allahyarham yang tahu menggunakan sempoa. Semasa mereka bersekolah di SK Hutan Melintang, mereka mengikuti pertandingan sempoa Daerah Hilir Perak.  Kini seorang berada di India mengikuti kursus bidang perubatan di Bangalore dan seorang lagi di Russia mengikuti pengajian aero engineering di Moscow Aviation Institute