Salam Kulaan Sabarataan,
Semalam saya balik ke kampung di Simpang 4, Hutan Melintang. Ada dua tiga perkara dibuat.. survey tanah nak beli.. pergi kenduri.. dan jumpa kulaan.
Satu perkara menarik, MAJLIS KUMAS 2009. Ada cadangan dari Angah Bahak untuk buat pada masa Hari Raya Korban. Secara spesifik pada Hari Raya Korban 2, atau Hari Raya Korban 3. Secara kalendar romawinya pada 28 atau 29 November 2009.
Venue cadangan adalah di Rumah Besar Simpang 3. Angah2 kita sedang perbaiki rumah tu. Tengah buat tandas dan bilik air baru, ganti atap bumbung, mcm2 lagi. Saya akan update lagi, tapi kita sangat hargai tugas mulia ini. By the way, Hari raya Haji, sudah siap dan sudah elok rumah itu untuk upacara kita.
Kenapa buat time Hari Raya Korban. Sebab; ramai kulaan kita nak buat korban, dengar2 nya, paling kurang 2 ekor lembu. Elok lah tu, kita nak buat majlis pun, pakai sikit je. Jadi, collection kita tak perlu banyak, tapi kita akan minta juga, untuk aktiviti.
Come on folks. We need suggestion/idea.
Saudaraku, apa lagi bagi la cadangan bernas anda. Apa nak buat aktiviti, apa nak makan. Apa saja, kita perlukan cadangan untuk bagi lebih meriah dan berkesan.


Post a Comment