Kulaan Sabarataan,
Topik yang agak penting untuk hampir setiap orang. Ye lah, hampir 100% orang di Malaysia kini, memiliki rumah, hanya dengan kemudahan pinjaman bank(kalau tak duduk rumah atap nipah je la). Tak semua orang ada RM60, 000 dan ke atas yang diperlukan sekarang untuk beli rumah dengan tunai.
Jadi, apa kaitan dengan tajuk di atas. Kita faham, kegawatan ekonomi hari ini, bisnes merudum, kenaikan pangkat tersekat, dan seribu satu cabran. Ah, ini kan hidup, itu asam garamnya. Begini saudaraku, bayaran bulanan ini dikira dari formula yang ditetapkan bank. Untuk kurangkan monthly installment kepada bank, terdapat beberapa kaedah. Kita akan bincangkan satu persatu.
Pertama. Panjangkan tempoh pinjaman. Katakan anda dulu pinjam 15 tahun, dan tinggal baki bayaran dalam 10 tahun. Katakan anda bayar dalam rm400. Jumpa pegawai bank anda, minta panjangkan tempoh dari baki 10 tahun tadi kepada 20 tahun mungkin bayaran bulanan kepada yang lebih rendah, katakan rm280.Ini tak perlu kos tambahan, anda hanya perlu bercakap dan deal dengan pegawai bank anda. Gentle reminder, saya cadangkan panjangkan tempoh pinjaman, bukan re-finance rumah anda. Ada perbezaan besar di situ.
Kedua. Kurangkan kadar faedah pinjaman hasil BLR turun. Saya tahu, anda dah mula bercakap, “alamak, kami dah tau, kan BLR dah 3 kali turun tahun ni”. Bank Negara dah umum BLR turun berperingkat dari 6.75% kepada sekarang sekitar 5.55%. Ya, anda tahu itu, semua orang tahu. Saya akan share lebih lagi. Itu pun, kadang-kadang ada rakan bertanya, “BLR dah turun, tapi… apasal installment aku sama je, tak turun ke ? “. Ada 2 cara bank-bank di Malaysia mengaplikasikan penurunan BLR ini. Pertama, kurangkan terus installment bulanan, contoh dari rm500 kepada rm450. Kedua, bank nampak macam tak buat apa-apa, installment bulanan tak pun turun. Tapi, pengurangan baki prinsipal lebih besar dari biasa. Jadi, secara mudah dan ringkas, pinjaman kita akan lunas dalam tempoh lebih dekat, katakan kita jimat beberapa tahun.
Ketiga. Kurangkan kadar sebenar faedah pinjaman(Reduce effective lending rates). ” Apa ni tuan, ini sama macam tadi, apa bezanya ? “. Begini saudara, katakan dulu masa mula-mula mohon pinjaman perumahan, kadar faedah adalah begini : BLR + 1.5%, atau : BLR - 0.2%, atau : BLR - x%. Katakan saudara buat pinjaman ini di waktu tahun hujung 90-an, atau awal 2000-an, loan rates memang tinggi. Saya yang buat pinjaman rumah tahun 2007 pun, kadar saya ialah masa itu: BLR - 0.8%. Saudara, jika saudara meninjau kadar terbaru di bank-bank sekarang saudara boleh dapat dalam BLR - 1.5% atau BLR - 2.5% . Saudara boleh perhatikan secara effektif nya, kadar faedah dah berkurang lagi dalam sekitar 1-2%. Banyak tu. Jadi pergi ke bank, mohon pada loan officer bank itu, katakan anda mahu pengurangan, minta yang maksimum, cth: mohon BLR - 2.8%. Makin besar nilai pinjaman anda, misal rm200k dan ke atas, makin rendah rates yg akan anda dapat.
Anda kemungkinan, bank reject permohonan anda, teruskan memohon dan berunding. Guru saya pernah berkata, satu-satunya perkara yang tak boleh dirundingkan(negotiate) adalah tarikh mati anda !!
Bank ini pun satu hal, kalau saudara tak mohon, mereka tak beri kemudahan ini. Jadi kita kena celik ilmu kewangan.