Besar kemungkinan DUN (Dewan Undangan Negeri) Perak akan terbubarkan dengan sendirinya sekiranya DUN Perak tidak bersidang dalam bulan Mei nanti.
Perlembagaan negeri Perak menyatakan sekiranya DUN tidak bersidang dalam tempoh enam bulan, secara otomatik DUN akan bubar dengan sendirinya. Persidangan DUN yang terakhir yang ditanggohkan adalah dalam bulan November tahun lepas. Persidangan bawah pokok oleh kerajaan Pakatan Rakyat pula tidak di akui oleh kerajaan Barisan Nasional.
Kerajaan Barisan Nasional telah membuat kesilapan besar apabila membeli 3 adun Pakatan Rakyat tanpa Speaker DUN ( Sivakumar). Walaupun Barisan dapat merampas kerajaan negeri, kuasa Speaker masih di tangan Pakatan Rakyat. Semasa Tun Razak mengambil alih kerajaan Pas Kelantan dari Dato’ Asri dalam tahun ‘70 meraka telah membeli Tuan Speaker terlebih dahulu.
Kini kerajaan Barisan, negeri Perak telah di “check mate” oleh Tuan Speaker DUN negeri Perak kerana jawatan beliau belum di lucutkan.
Anda warga Perak bersedialah untuk menghadapi satu lagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri seluroh Perak selepas bulan Mei nanti.