Daily Archives for Sunday, April 2009

Permintaan Terbuka: Chat Box

Salam Kulaan Sabaratan,

Blogmas ini ada satu problem yang sampai hari ni saya tak dapat selesaikan. CHAT BOX, atau RUANG SEMBANG. Entahlah, saya dah cuba banyak kali, tapi rasanya, Blogmas dah tak bagi kita post HTML code dalam ni, so tak boleh nak masukkan Chat Box.

Saya merayu jika ada sesiapa yang pakar dan boleh membantu, sila contact saya(0134537100). Dulu masa ada Chat Box meriah sikit. Please, kulaan semua, cuba tanyakan pada member yang pakar dan berilmu, kot-kot boleh bantu.

Sign Up Advertlets

Pelaburan Hartanah : Oh, ruginya

“Mengapalah dulu aku tidak beli rumah/tanah dikawasan itu dahulu, sekarang nilainya sudah berganda!”

 

Pernyataan diatas didengari telinga saya sendiri. Seperti mana kata bapa saya, golongan orang sebegini sebenarnya tahu pelaburan hartanah memberikan pulangan lumayan tetapi mereka tidak sanggup menunggu waktunya!

 

Mereka pun bukanlah terlalu jahil tentang pelaburan hartanah (setidak-tidaknya mereka tahu dan mereka pernah lihat orang kaya melalui pelaburan hartanah) tetapi pada waktu mereka mampu untuk melabur, mereka lebih tergoda dengan perkara lain yang hanya memberi nikmat sementara dan berkurang nilainya.

 

Salah satu yang paling utama adalah KERETA. Tidak percaya?

 

Anda lihatlah kes-kes dalam persekitaran hidup anda. Sebagai contoh mungkin keluarga terdekat anda. Apabila diberitakan gajinya meningkat, pernahkah anda mendengar mereka berkata begini….

 

“Tercapai jua hasrat untuk membeli rumah dengan kenaikan gaji ni, dapatlah sewakannya kelak”

 

“Yahooo, esok juga aku akan pergi bank buat loan membeli rumah. Bertambah satu lagi pelaburan aku”

 

(Lupakan seketika kemungkinan mereka ini membuat pelaburan yang salah spt membeli rumah lelong berhantu atau membeli tanah bersebelahan Taman Negara )

 

Pernahkah anda mendengar situasi begitu, jika ianya berlaku dalam keluarga anda, saya ucapkan tahniah!

 

Akan tetapi, dalam masyarakat kita, berapa kerat sangatkah yang sedar untuk membuat pelaburan sebegitu? Anda akan biasanya mendengar dialog seperti ini ketika mereka mendapat tahu kenaikan gaji atau baru mendapat pekerjaan….

 

“Yang, yang, abang ingat abang nak tuka kereta la. Jiran sebelah rumah kita pun dah melaram dengan kereta baru, takkan kita nak kalah”

 

“Woi, mari sini jap, cuba kau tengok ni Suzuki Swift, cun siot. Aku ingat Petronas panggil kerja lepas ni, aku nak angkat Swift satu!”

 

Untuk berlaku jujur, saya sendiri mengaku sentiasa terpegun dengan model-model kereta baru. Sungguh menawan hati dan kalbu. Tetapi, apabila saya berfikir balik apa yang bapa saya katakan, ada betulnya juga.

 

Tahun lepas bapa saya membeli sebuah SUV baru, dan hati saya melonjak “Bolehlah aku try bawak pergi town. Aweks, aweks mesti tengok pemandu dan keretanya!”

 

(Sebenarnya, SUV itulah kereta baru kegunaanya selepas memandu sebuah kereta sedan lama berusia lebih 13 tahun).

 

Itupun bapa saya beritahu, “Sebab banyak pergi tengok tanah dekat macam-macam lokasilah abah angkat SUV, senang untuk meredah kawasan paya ke. Kalau tidak, lebih baik buat beli satu lagi tanah. Kereta ni tiada nilai apa pun sangat”

 

Mulanya saya kurang bersetuju dengan pendapat itu (walaupun saya membaca banyak buku yang menyebut perkara sama tentang melabur untuk kereta). Tetapi sejak saya memandu SUV tersebut, lama kelamaan timbullah rasa bahawa ada SUV yang lebih baik daripada yang itu.

 

Apabila melihat model-model yang terbaru lagi, saya sudah kurang ghairah untuk memandunya seperti ghairah kali pertama memegang sterengnya.

 

Dan daripada situ, saya berfikir, ada benarnya kata bapa saya.

 

Selepas dua, tiga tahun, kereta itu akan menjadi sebuah model yang OUT of DATE. Awek-awek sudah tentu tidak akan memandang sama seperti awal kemunculan model kereta itu kerana sudah ada model-model terkini yang mengambil alih kedudukannya.

 

Sama hal jugalah dengan orang yang selalu terlepas untuk melabur dalam hartanah. Apabila ada bonus tahunan yang lebih atau dinaikkan pangkat, melabur bukanlah dalam senarai pertama mereka.

 

Memang pelaburan hartanah tidak selalunya menjanjikan pulangan yang singkat (mungkin mengambil 2,3 tahun atau lebih) dan disebabkan itulah, ramai yang tidak terlalu berminat dengan hartanah.

 

Hinggalah pada satu ketika (lebih kurang 5,6 tahun kemudian), mereka mendapat tahu rakan mereka yang membeli hartanah di sesebuah kawasan sekarang ini memegang sebuah aset yang telah bertambah nilainya berganda-ganda.

 

Waktu itu, tepuklah dahi dan merungut.

 

(Mesej penting: Untuk anda yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta, tanya kembali, adakah anda mempunyai hatta satu pelaburan hartanah? Jika tidak, tidak salah anda sekarang berada pada situasi diatas. Sekarang masa untuk anda berfikir kembali) dari: saifulsham.com

Berita Baik Dari JuruJual Sebenarnya Buruk

Apabila kita didatangi ataupun dihubungi oleh seorang Jurujual yang katanya ada membawa berita baik untuk kita. Dengar dahulu dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan berita baik itu dan jika tidak memahaminya dapatkan jurujual itu menjelaskan dengan lebih lanjut. Jika produk ataupun servis yang ingin dijualkannya itu kita tidak memerlukan sebelum kita bertemu jurujual itu, sudah pasti kita juga masih tidak memerlukan produk ataupun servis berkenaan walaupun jurujual itu datang dengan berita baik.

Ada yang menghubungi kita bagi menambah pakej yang telah kita sertai sebelum ini, dengan harga bayaran yang jauh lebih baik jika kita pergi mendapatkan diluar. Mereka akan berkata, anda diantara pelanggan ‘@#$%” yang bertuah dan terpilih bagi mendapatkan penjimatan yang berganda dengan tawaran pakej tambahan ini.

Ucapkan terima kasih kepada mereka. Apabila kita bersetuju kita telah membeli sesuatu yang kita tidak perlu dan ini akan menambahkan lagi koleksi produk ataupun servis yang membazir yang ditangung pada setiap bulan.

Pelbagai kata-kata yang menyedapkan akan diluahkan bagi menyakini apa yang mereka kata. Kebanyakan jurujual yang ada di luar sana, mempromosikan produk yang sah, tetapi ianya bukan pilihan terbaik untuk kita.

Banyak jurujual ataupun telemarketing yang menghubungi kita bagi menawarkan pakej Insurans bagi yang memiliki kad kredit, pakej perlancongan, Kad Melancong yang berpakej.

Antara kata-kata yang mereka ucapkan adalah ” Tuan perlu buat keputusan sekarang, pakej ini tidak lagi dapat dinikmati selepas ini”. Ini bagi memastikan kita membuat keputusan terburu-buru sebelum dapat memikirkan secara rasionalnya, sama ada kita perlu ataupun tidak produk tersebut.
shamsuddinkadir.com