Monthly Archives for March 2009

Case Study yang menarik.

Sekiranya ada kulaan kita yang jadi lawyer atau university law student, ianya sangat menarik sebagai suatu project paper, case study, atau thesis, kerana ianya dah berlarutan lebih 10 tahun.

Sign Up Advertlets

Kenapa Perjanjian Tersebut Di Pertikaikan?

Kenapa kita mempertikaikan perjanjian tersebut dan ingin membatalkannya setelah melalui beberapa perundingan yang tidak mencapai kata sepakat ?

Pihak Shell telah melakukan kesilapan kerana tidak membayar sewa tapak menurut perjanjian menyebabkan Abang Ihak memulangkan semula cek berjumlah RM63,000.00 kepada pihak Shell.

Sehingga kini kita tidak mengambil walau satu sen pun wang sewa tapak tersebut.

…..bersambung….

Perjanjian tapak Shell

Pajakan tanah tapak Shell selama 21 tahun dengan kadar sewa RM750 sebulan bermula dari 15 Nov. 1989 hingga 14 Nov. 2010. Iaitu sebanyak RM9,000.00 setahun.

Antara kandungan perjanjian tersebut:

i)   Pembayaran sewa adalah secara advance setiap 7 tahun (3 kali bayar). Sekali bayar 750 X 12 X 7 = RM63,000.00

ii)  Pihak penyewa (Shell) hendaklah membayar sewa kepada tuan tanah 10% dari RM63,000.00 (iaitu RM6,300.00) dalam tempoh 14 hari dari tarikh perjanjian ditanda-tangani.

iii) Pihak penyewa (Shell) hendaklah membayar sewa kepada tuan tanah 90% dari RM63,000.00 (yakni RM56,700.00) dalam tempoh 14 hari apabila perjanjian dan geran tanah tersebut didaftarkan di Pejabat Tanah.

Kronologi Kes Shell

Pajakan tapak Shell yang pertama untuk 21 tahun bermula dari 15 hb. November 1968 hingga 14 November 1989 dengan kadar sewa RM50.00 sebulan. Arwah abah mungkin berpuas hati kerana dapat berniaga apabila pihak Shell menyediakan bangunan, pam, tangki dan pelbagai kemudahan, dan mendapat sewa bulanan dari Shell RM50.00 sebulan. Pihak tuan tanah pula membayar sewa kepada pihak Shell dengan kadar potongan dari komisyen jualan minyak. Arwah pernah menyatakan selepas 21 tahun nanti semuanya ini kepunyaan kita. Arwah abah meninggal dunia pada 26/12/1984. Acik masih ingat lagi kali pertama mengepam minyak ialah pada hari pilihanraya 10 Mei 1969 semasa dalam darjah 4.

Pajakan tapak Shell untuk 21 tahun ke dua adalah dari 15 Nov. 1989 hingga 14 Nov. 2010, dengan kadar sewa RM750 sebulan. Abang Ihak(Abdul Hamid)  pada peringkat awalnya mahukan sewa RM1500 sebulan, seperti yang disarankan oleh pihak Jurunilai Bersekutu. Tetapi selepas beberapa perundingan beliau telah menanda-tangani perjanjian dengan pihak Shell dengan kadar sewa RM750 sebulan melalui peguam Dato’ Shafie Abdullah (peguam Mat Taib, Eric Chia, Syarifah Aini, dll…)

Kumas vs Shell, Mahkamah Tinggi KL, 6,7,8 April 09

Sekiranya ada kulaan yang kelapangan kita berjumpa di Mahkamah Tinggi KL, Jalan Duta, KL, pada 6,7,8 April nanti.

Harap Hatta dan Alias hubungi Acik sebab sebab ada dokumen yang perlu di tanda-tangani. Hatta diharapkan dapat hubungi abah kamu (Abang Mad) di Pahang. Alias kalau boleh hubungi Azman dan juga Nawal yang di Cameron Highland.

Insya’Allah, berdoalah kita semua semoga perjuangan kita selama ini beroleh kejayaan.

Kedudukan setakat ini insya’Allah menyebelahi kita. Sewa tapak Shell dari tahun 1989 hingga kini tidak diambil walau satu sen pun. Kita mempunyai hujah yang kukuh untuk membatalkan perjanjian sewa tapak Shell Simpang Empat, Hutan Melintang, kerana penggunaan tanah tersebut tanpa balasan/bayaran kerana kesilapan pihak Shell.

Perjuangan kita adalah untuk membatalkan perjanjian tersebut dan mengambil alih semula perniagaan stesen minyak Shell tersebut.