Arwah abah pernah bercerita:
Suatu hari di zaman dahulu di kawasan Bagan Datoh. Penghulu kawasan Bagan Datoh mengadakan khenduri dirumahnya. Beliau menjemput Raja Muda Perak yang bersemayam di Teluk Intan dan penduduk tempatan menghadiri majlis tersebut. Dalam majlis tersebut, Raja Muda duduk ditempat yang tinggi dari orang ramai . Raja Muda merasa pening-pening dalam majlis tersebut. Baginda bertanya kepada Dato’ Penghulu supaya bertanya kepada rakyat jelata samada ada antara hadirin yang datang ada antaranya golongan kerabat diraja. Antara yang hadir terdapat seorang dari keturunan Gusti. Baginda menyuruh Dato’ Penghulu menjemput orang yang berketurunan Gusti tersebut duduk disebelahnya ditempat yang tinggi. Setelah itu barulah baginda Raja Muda berasa selesa (hilang rasa pening-pening).
Siapa kah mereka yang berketurunan Gusti. Cerita Gusti ni timbul apabila arwah abah membawa Abdul Rahman orang Parit Ahad (Simpang Tiga) ke Taiping kerana Abang Malik nak dirikan rumah di jalan Cator Avenue (Jln. Assam Kumbang). Arwah abah menyatakan terdapatnya kayu Cengal untuk rumah tersebut, terpaksalah membawa orang berketurunan Gusti. Arwah abah yang mahir tentang ilmu kitab Tajul Muluk memilih hari yang tertentu untuk mendirikan rumah tersebut. Bahkan imam masjid Simpang Tiga yang kematian isteri pun berjumpa arwah abah meminta melihat dan mengira kitab Tajul Muluk apabila hendak berkahwin semula.
Kerajaan Banjar di Banjarmasin Kalimantan Selatan adalah antara kawasan yang terakhir yang dapat ditakluk oleh Belanda di Indonesia. Apabila Kesultanan Banjar jatuh ketangan Belanda, maka mereka pun melarikan diri. Antara tempat yang mereka pergi adalah Malaya pada masa tersebut. Keturunan kerabat diraja Banjar di gelar Gusti. Terdapat beberapa keturunan Gusti Banjar di Bagan Datoh dan Sungai Besar. Majlis perkahwinan mereka ini juga seperti majlis perkahwinan di raja pada masa dahulu. Sekiranya orang lelaki kebiasaan yang berkahwin dengan perempuan berketurunan Gusti, mereka merasai badan yang kurang selesa (pening-pening) pada hari perkahwinan.
5 Comments
at 12:02 pm - 15th December 2008 Permalink
Terima kasih di atas artikel ini. saya sudah lama mencari cerita tentang ‘Gusti’ sbb abah saya pernah bagitau bahawa kami dari keturunan itu.
Kerana itu, semasa perkahwinan saya pada 2005, saya mesti diusung (diangkat sambil diarak oleh pakcik) utk menyambut pengantin lelaki. Ia dilakukan kerana mengikut tradisi keluarga sebelah ayah saya. Jika tidak dilakukan, dikhuatiri sesuatu yg tidak diingini berlaku. (Saya terfikir adakah ia, ada ia kena mengena dengan majlis perkahwinan di raja pada masa dahulu?)
Boleh ceritakan lebih lanjut atau ada tak rujukan berkaitan keturunan ‘Gusti’ ini?
Terima kasih.
at 8:16 pm - 9th April 2009 Permalink
saya pn mencari keturunan gusti.sebelum arwah nenek sy meninggal,dia ada ckp dengan mak sy,dia dari keturunan gusti.
at 8:42 am - 28th April 2009 Permalink
salam…
…waris keturunan Gusti Abu di Kerian …sepalihnya diam di Sungai Besar …amun sapa tahu …bepadah
tq putra1211@yahoo.com
at 8:30 pm - 24th September 2009 Permalink
salam.
dalam 2 3 tahun lepas mak sy ada ckp yg arwah nenek dari keturunan gusti.jadi sy pn mcm tertarik nk mengetahui salah silah gusti nie.
alangkah bagusnya kalau sy dpt mengetahui kesemua cerita nya.
at 9:48 am - 3rd November 2009 Permalink
dah lama saya mencari keturunan ini..saya adalah salah seorang dari keturunan gusti..saya mempunyai bukti (salasilah) keturunan ini..
sesiapa dari keturunan ini yang inginkan salasilah ini,boleh berhubung dengan saya di talian 0132008264…hafizzey
Post a Comment