Pendekar/Panglima Banjar: (Rimbas, Jagau, Awang) & Kiyai Salleh


Masyarakat umum bercerita bahawa tambak Johor senget kerana dihentak oleh Sultan Johor. Apabila Sultan Johor bertanya kepada Engineer British yang membina tambak tersebut samada ianya cukup kuat, engineer tersebut menyatakan tambak tersebut adalah kuat. Tetapi apabila ianya dicuba (test) dihentak oleh Sultan Johor tambak tersebut dikatakan senget.

Menurut cerita arwah abah, orang yang sebenarnya menghentak tambak Johor sehingga senget ialah Panglima Sultan Johor bernama Rimbas.

Harap Fazmi/Suhaimi dapat meminta abah mereka (Abang Bahak) menulis bagaimana Rimbas datang ke Johor (Batu Pahat ?), bagaimana beliau berkokok, mengalahkan pendekar tempatan, menjadi Panglima/hulubalang istana, anak-cucunya yang datang ke Bagan Datuk (Matang Kunda) bernama Awang Jagau bertapa diatas pokok kayu ara.

Zamin kalau ada masa boleh check/reconfirm dengan orang Banjar Johor (Batu Pahat & Mersing)

Sign Up Advertlets

6 Comments

  1. dZ wrote
    at 11:48 pm - 8th September 2008 Permalink

    yg saya tau, memang ada org banjar area ayer hitam-kluang (& mungkin kat bt pahat). tapi tak ada contact di sana.

  2. AO wrote
    at 6:17 pm - 9th September 2008 Permalink

    Hebat juga ye,orang banjar dulu-dulu boleh hentak tambak johor,siapa yang ada informasi lebih pasal cerita ni,tolong sambung,tapi nama lucu beb….

  3. Ib wrote
    at 12:47 am - 10th September 2008 Permalink

    Pada pendapat saya, dgn tinggi ilmu silat dan kekuatan spt ini, sepatutnya diguna lwn British.
    Bkn sekadar utk puaskan hati pihak tertentu tanpa hasil konkrit.

  4. Azam wrote
    at 7:12 pm - 13th September 2008 Permalink

    Sy pun xtau walaupun dah 4 thn kat johor. Tambak senget sy xtau tp yg sy tau kat bandar j.b ada sungai senget adela

  5. atanv3x wrote
    at 1:25 am - 10th July 2009 Permalink

    aku handak mancari mun ada urang yg tahuk carita hj.shahbudin (panglima hj budin), ujar urang ia saangkatan awan kiyai salleh di batu pahat.

  6. NOORDEEN MUKRI wrote
    at 4:38 pm - 20th October 2009 Permalink

    Urang Banjar pawanian. Memang banyak yang jadi pang5 masa bahari waktu bakalahian dengan kuminis. Tuan2 guru yg hebat kaya Hj Mokhtar Parit Andin, Hj Sahabudin Sri Mendapat, Pak Ijam dan lain2 lagi yang keluar membawa pasukan melawani komunis di kampung Badan. Urang Banjar bangkit karana banyak guru2 agama diculek/bunuh. Maka urang Banjar bangkitan menyerang komunis

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image